Skip to main content

5 Cara Atasi Buasir Bagi Ibu Hamil

5 Cara Atasi Buasir Bagi Ibu Hamil Secara Selamat dan Berkesan.




Bagi kaum wanita, buasir memang sering terjadi semasa hamil. Sesetengah ibu mengalami masalah ini ketika hamil buat pertama kali. Jika ibu pernah mengalaminya ketika belum hamil, besar kemungkinan masalah ini akan berulang semasa hamil dan mungkin bertambah teruk.

Tahukah anda? Masalah buasir dianggap masalah biasa yang berlaku kepada wanita hamil,namun dalam sedar atau tidak, ia juga boleh mendatangkan komplikasi kepada ibu hamil.

Antara komplikasi yang kerap berlaku kepada ibu hamil adalah seperti:


1. Aneamia (kekurangan sel darah merah) sekiranya mengalami pendarahan yang kronik disebabkan buasir dan tidak mendapat rawatan.

2. Buasir luaran yang besar boleh menyebabkan kesakitan yang berganda jika saluran darahnya tersempit.

3.Penggunaan bius semasa hamil dalam rawatan buasir yang berkomplikasi mungkin akan memberi kesan kepada ibu hamil itu sendiri serta mungkin membawa keguguran atau kelahiran pramatang bergantung kepada umur kandungan ketika prosedur dijalankan.

Jadi amat penting para ibu hamil untuk kawal atau mencegah  buasir yang boleh menyebabkan keadaan menjadi bertambah buruk. 

Salah satu cara nak elak buasir jadi teruk adalah dengan membuang air besar setiap hari. Boleh amalkan makan pil kalsium atau Ostematrix Shaklee untuk bantu proses membuang air besar setiap hari.

5 cara atasi buasir bagi ibu hamil supaya tidak menjadi bertambah teruk:


1. Mandi air panas untuk mengurangkan kegatalan dan sakit. Elakkan daripada menggaru tempat yang gatal kerana ia hanya akan membuatkannya bertambah teruk.

2. Gunakan tekanan sejuk seperti pek ais untuk melegakan kesakitan di sekitar dubur dan mengurangkan bengkak.

3. Bersihkan tempat yang terjejas dengan lembut dan menyeluruh selepas anda membuang air besar. Selepas mencuci, lap dengan tuala lembut atau tisu tandas yang lembut untuk mengeringkannya.

4. Cuba tolak masuk buasir yang terkeluar itu secara perlahan-lahan menggunakan jari yang bersih apabila mandi.

5. Anda juga boleh minta doktor untuk mempriskripsikan ubat sapu yang lembut atau ubat jenis supositori (yang perlu dimasukkan ke dalam dubur) untuk melegakan kesakitan. 

Dalam kebanyakan kes, buasir akan kecut atau hilang dengan sendiri apabila badan anda sembuh selepas melahirkan.

 (Sumber rujukan artikel:Majalah Keluarga Oktober 2012:Kehamilan)




Jika anda berminat untuk mengatasi buasir dengan mencegah sembelit dengan bantuan suplemen Shaklee,anda boleh mencuba mengambil  SET BUASIR SHAKLEE UNTUK IBU HAMIL.





DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.


Jika anda perlukan sebarang konsultasi berkenaan produk Shaklee / menjana pendapatan dengan Shaklee/ menjadi ahli Shaklee / bekerja dari rumah, anda boleh hubungi KakZai

Puan Zainah Mukhtar
No ID : 1137968
Sms / WhatsApp: 019-2598492
FB Page: ZAIVITAMIN
IG: ZAIVITAMIN
Pengedar Sah Shaklee di Bintulu, Sarawak.
COD Bintulu, Niah & Bekenu

Comments

Popular posts from this blog

Sijil Halal Shaklee 2017

Nak makan atau nak guna sesuatu produk selalunya kita akan tanya ada sijil halal tak? Keselamatan dan keberkesanan produk dah jadi no 2 atau 3.  Betapa sangat dipentingkan kehalalan sesuatu produk. Sama jugak la vitamin shaklee ni pun kerap sangat orang tanya ada halal ke tidak, sebab ianya produk dari luarnegara. Ini kak zai kongsikan sijil halal shaklee yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sendiri. Sijil halal ni akan diperbaharui setiap tahun. Jadi usah ragu-ragu untuk guna pakai produk keluaran shaklee ya semua. Untuk lebih yakin boleh ke web HALAL MALAYSIA ni ya. Baca sendiri dan bertanya pada pihak yang sepatutnya bukan percaya pada cakap-cakap orang yang memgatakan produk shaklee ni takde halal dari Malaysia sebab ianya produk luarnegara bagai ya. Bukan hanya ada sijil halal yang patut dititikberatkan, keselamatan,keberkesanan dan jaminan dari syarikat juga wajar dititikberatkan sebelum menggunakan sesuatu produk. Dapatkan juga maklumat mengenai kajian dan ujian klinikal terhad...

Benarkah Shaklee ni bisnes MLM yang menipu???

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Kali ni nak share satu video mengenai MLM Shaklee dengan anda semua. Tapi sebelum tu nak juga bagitahu yang saya juga pernah terjebak dengan beberapa syarikat MLM yang lain. Saya pernah mendaftar sebagai ahli untuk beberapa buah syarikat lain. Syarikat apa? Biarlah rahsia...hihii. Tapi setakat ahli sahaja sebab selepas mendaftar ahli, saya akan di bawa ke syarikat mereka untuk dibagitahu "step" seterusnya untuk cepat naik pangkat. Wah time ni seronok tau sebab katanya cepat dapat naik pangkat dan income sangat lebat. Tapi tapi tapi bila dah tahu "step" yang seterusnya tu, saya terkedu. Mana tak, saya disuruh buat pinjaman dengan bank dengan sekian sekian amaun untuk beli pangkat iaitu beli stok banyak-banyak. Ya ampunnnn, saya mana boleh buat pinjaman bank sebab saya surirumah je. Kata mereka suruh jer suami yang buat...aduhhhh. Memang tak la suami nak terlibat. So harapan nak cari income lebih habis kat situ j...

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Prof...