Skip to main content

2 Tips Kekal Positif Dengan Mencari Ketenangan

Kekal Positif Dengan Mencari Ketenangan

Anda pernah rasa down? Hati tak tenang? Mudah rasa negatif?Rasa semangat takde nak teruskan mengejar impian dan menjalani kehidupan?




Semua orang pernah merasa begitu. Bezanya bagaimana kita nak kekal  positif dengan mencari ketenangan. Kita manusia memang dilahirkan fitrahnya dengan roh yang penuh ketenangan. Namun dari hari ke hari masa demi masa, ketenangan makin hilang. Hidup semakin stres.

Jadi adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mencari ketenangan demi meneruskan perjuangan hidup kita. Kita ada misi yang perlu kita laksanankan di muka bumi ini. Kita dihidupkan dengan misi oleh Allah.

2 Formula Mendapat Ketenangan

1. KEYAKINAN KEPADA ALLAH

Iaitu yakin dengan nama-nama Allah (99 nama Allah).Yakin bahawa Allah yang mencipta dan mengizinkan sesuatu itu berlaku.

Contohnya Allah beri kita ujian atau masalah adalah untuk menaikan darjat keimanan kita kepadaNYA. Tinggal lagi bagaimana kita nak respon kepada ujian atau masalah tersebut. Respon kita kepada ujian adalah bagaimana kita buat keputusan,tadbir dan laluinya. 

Nak kekal positif dengan mencari ketenangan kita jangan sibuk dengan hal orang lain. Sentiasa pandang ke dalam diri dan perbaiki diri dengan mencari ilmu.  Upgrade iman dan ketakwaan kita pada Allah dengan jaga solat, bayar zakat,puasa yang sempurna, tunaikan haji dan mempunyai akhlak yang baik.

Akhlak yang baik menentukan bagaimana kita berinteraksi dengan diri,makhluk dan Allah. Ketenangan boleh hadir dengan mempunyai akhlak yang baik.

2. KEIKHLASAN

Kekal positif dengan mencari ketenangan juga adalah melalui keikhlasan.Ikhlas dlam apa jua perkara tanpa mengharap balasan makhluk.

Bagaimana nak tahu kita ikhlas atau tidak?

Kita tak ikhlas bila kita ingin dipuji, dihargai, dicintai, difahami, dibalsa budi dikagumi dan seumpamanya...semua nak 'di'..

Nak ikhlas boleh ubah kepada niat nak memahami, nak membalas budi, nak menghormati. Pendekkata sibuk nak memberi dan cuma fokus pada Allah. Nak Allah cintai dan nak Allah pandang..semuanya tembus memandang Allah.




Ramai orang menganggap masalah atau ujian sebagai batu penghalang. Tetapi bagi orang yang positif mereka anggap ujian dan masalah itu adalah batu loncatan yang membolehkan mereka upgrade diri dan ketakwaan mereka.

Jadi nak kekal positif dengan mencari ketenangan adalah KEYAKINAN PADA ALLAH dan juga KEIKHLASAN.

Jom audit hati juga betulkan yang biasa dan  biasakan yang betul.

Semoga kita semua kekal positif dengan mendapat ketenangan.

Comments

Popular posts from this blog

Sijil Halal Shaklee 2017

Nak makan atau nak guna sesuatu produk selalunya kita akan tanya ada sijil halal tak? Keselamatan dan keberkesanan produk dah jadi no 2 atau 3.  Betapa sangat dipentingkan kehalalan sesuatu produk. Sama jugak la vitamin shaklee ni pun kerap sangat orang tanya ada halal ke tidak, sebab ianya produk dari luarnegara. Ini kak zai kongsikan sijil halal shaklee yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sendiri. Sijil halal ni akan diperbaharui setiap tahun. Jadi usah ragu-ragu untuk guna pakai produk keluaran shaklee ya semua. Untuk lebih yakin boleh ke web HALAL MALAYSIA ni ya. Baca sendiri dan bertanya pada pihak yang sepatutnya bukan percaya pada cakap-cakap orang yang memgatakan produk shaklee ni takde halal dari Malaysia sebab ianya produk luarnegara bagai ya. Bukan hanya ada sijil halal yang patut dititikberatkan, keselamatan,keberkesanan dan jaminan dari syarikat juga wajar dititikberatkan sebelum menggunakan sesuatu produk. Dapatkan juga maklumat mengenai kajian dan ujian klinikal terhad...

Benarkah Shaklee ni bisnes MLM yang menipu???

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Kali ni nak share satu video mengenai MLM Shaklee dengan anda semua. Tapi sebelum tu nak juga bagitahu yang saya juga pernah terjebak dengan beberapa syarikat MLM yang lain. Saya pernah mendaftar sebagai ahli untuk beberapa buah syarikat lain. Syarikat apa? Biarlah rahsia...hihii. Tapi setakat ahli sahaja sebab selepas mendaftar ahli, saya akan di bawa ke syarikat mereka untuk dibagitahu "step" seterusnya untuk cepat naik pangkat. Wah time ni seronok tau sebab katanya cepat dapat naik pangkat dan income sangat lebat. Tapi tapi tapi bila dah tahu "step" yang seterusnya tu, saya terkedu. Mana tak, saya disuruh buat pinjaman dengan bank dengan sekian sekian amaun untuk beli pangkat iaitu beli stok banyak-banyak. Ya ampunnnn, saya mana boleh buat pinjaman bank sebab saya surirumah je. Kata mereka suruh jer suami yang buat...aduhhhh. Memang tak la suami nak terlibat. So harapan nak cari income lebih habis kat situ j...

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Prof...