Skip to main content

Macam mana nak hilangkan parut chicken pox dengan cepat


Assalamualaikum dan salam sayang buat semua pengunjung blog Zai. Kali ni saya nak share satu testimoni baik punyer. Testimoni daripada suami Zai sendiri.

Tahun lepas suami kena chicken pox di usia 43 tahun ok. Boleh bayangkan tak macam mana teruknya. Ramai yang kata kalau kena chicken pox masa dewasa teruk sangat dan terbukti teruk ( merujuk kepada kes suami Zai la). Satu badan dari kepala hingga hujung kaki semua naik biji chicken pox tu. Terlantar 3 hari tak bermaya tanpa makan ok.


Parut hitam



Jom baca sendiri pengalaman suami Zai ni macam mana dia hilangkan parut chicken pox dengan cepat, parut yang tumbuh melata di seluruh badan beliau...hihiii.

Assalamualaikum, nama saya Zamri Rosli. Saya merupakan seorang Pensyarah di salah sebuah universiti tempatan di Bintulu, Sarawak. Saya nak berkongsi pengalaman saya menggunakan produk Shaklee ketika dijangkiti virus chicken pox pada tahun lepas.

Pada 12 Oktober 2015 merupakan hari pertama saya dijangkiti virus chicken pox. Selepas 3 hari virus mula mengganas dan menjadi amat serius. Bayangkan seluruh badan dan muka saya mengelembung kesan virus cacar diusia 43 tahun pula tu. Doktor juga telah mengatakan bahawa cacar pada usia saya ini memang akan menjadi sangat teruk berbanding kesan cacar pada usia kanak-kanak.

Doktor bagi saya antibiotik yang paling power untuk saya makan bagi membunuh virus dan bagi mengekang ianya dari mengganas. Chicken pox ni kalau kena di usia dewasa memang boleh mencapai tahap yang paling teruk ya.

Saya bertahan di rumah sahaja, isteri menyuruh saya ke hospital melihatkan keadaan saya yang terbaring tidak bermaya, tetapi saya tidak mahu.Tiada ubat untuk cacar ni, saya hanya bergantung kepada painkiller dan antibiotik yang diberi oleh doktor sahaja. Bayangkan kesakitan apabila gelembung-gelembung cacar ni mulai pecah, pedih yang amat. Nak ambil air sembahyang dan ke tandas, Allah saja yang tahu pedihnya.. boleh nangis ooo.. Orang kata kesan parut cacar seperti yang saya alami ini akan mengambil masa hampir setahun lamanya sebelum ianya hilang.


Ketika saya perasan saya dah dijangkiti oleh chicken pox, isteri saya mula memberi vitamin Shaklee untuk saya makan. Seingat saya, dia berikan saya satu sachet Nutriferon dan sebiji Garlic Complex. Katanya untuk tingkatkan antibodi saya. Saya tak pikir panjang saya ikut jer cakap dia, sebab saya nak sembuh cepat.Setiap hari “dipaksa” makan dan banyak minum air ok.

Selepas hampir 2 minggu saya menahan kesakitan seluruh anggota badan dan muka akibat kesan cacar yang pecah, akhirnya atas saranan isteri, setiap hari makan Nutriferon dan Garlic Complex juga ubat dari doctor, saya telah sembuh. Kesan cacar tu pula cepat kering. Alhamdulillah masalah kepedihan semakin berkurangan dan waktu malam tu boleh tidur lena.

Satu lagi masalah kalau cacar ni bukan saja badan dan muka, tapi sampai ke tekak pedih tak terkira..nak makan pun tak selera. Tiga hari tak lalu makan ok, bertahan dengan air yang diberi oleh isteri sahaja.

Oleh kerana saya kurang selera makan masa tu, isteri saya menyarankan untuk mengambil ESP sebagai penambah tenaga walaupun saya agak kurang percaya kesan ESP ni.. magiknya ESP ni boleh buat saya rasa kenyang dan lebih bertenaga la pulak. Sebelum ni saya tak pernah sentuh pun ESP ni, tengok jer isteri saya duk kocok-kocok dan minum.

Sedar tak sedar setelah hampir seminggu selepas gelembung-gelembung bisa pecah, konsisten dengan mengambil ESP, Zinc Complex dan juga vitamin C secara megadose, kesan cacar pada muka dan badan saya telah mengering dengan kadar yang cepat.. happynya rasa masa tu tak tahu nak cakap.. saya masuk kerja minggu ketiga selepas kena cacar, berkurung dalam pejabat je,tak nak jumpa orang, malu.

Pada minggu ke empat ada gak kawan-kawan yang tanya.. "uihhh cepat kering cacar you boss" apa produk you guna..saya senyum je malas nak cerita..

Untuk mempercepatkan proses pemulihan kesan parut pada wajah, isteri saya juga telah menyarankan saya untuk mengambil ESP, VITA C dan VITA E Complex.. saya kata kat isteri.. mahal tu belanja nak cantikkan kulit muka.. tapi isteri saya kata cuba je dulu untung-untung lagi cepat pulih kesan parut cacar ni. Dia tak bagi saya ambil krim-krim untuk tepek kat muka, katanya kalau nak parut hilang terus, baik rawat secara dari dalaman, ada juga kawan-kawan yang cadangkan pakai krim itu krim ini, tapi saya tak ambil, hanya sapu Bio Oil sahaja dan makan vitamin Shaklee.

So saya ikut je saranan isteri untuk mengambil ESP, VITA C dan VITA E secara megadose, walaupun agak kurang yakin pada mulanya, pada usia saya ni mana mungkin kulit boleh pulih semula.. ahhh mustahilah fikir saya.. tapi dah sebab isteri yang suruh makan.. ambik je la..

Tapi berkat kesabaran isteri saya tu dalam masa duk makan dan tak makan ESP, VITA C & VITA E tu dalam masa sebulan je, saya nampak perubahan pada parut di badan saya semakin pudar dan hampir pulih sepenuhnya.. so ada la dalam hati saya kata (kalau ku tahu cepat kesan ambik ESP, VITA C & VITA E ni baik aku ambik tanpa miss satu hari pun.. hehe).

Alhamdulillah.. berkat kesabaran dan kepercayaan terhadap vitamin-vitamin ni semua, akhirnya parut chicken pox yang penuh di muka dan seluruh badan saya makin pulih sepenuhnya.. Terima Kasih SHAKLEE kerana mengembalikan keyakinan hidupku.

Kalau parut chicken pox yang banyak dan degil boleh hilang dengan vitamin Shaklee yang macam saya amalkan ni, setakat parut jerawat apala sangat kan. Korang yang banyak parut jerawat patut cuba vitamin Shaklee ni. Tak cuba tak tau.. dah cuba jatuh cinta beb!

Oh ya, isteri saya cakap nanti nak saya cuba VIVIX pulak, nak bagi kulit wajah saya jadi lagi licin gebu halus mulus flawless awet muda katanya.. tak sabar nak cuba VIVIX sebab Vivix ni kata isteri saya produk no 1 Shaklee, kualiti terbaik setanding harganya.

Inilah kisah ‪#‎ SHAKLEE‬ EFFECT saya.

Sekian, terima Kasih


Link Asal testimoni DI SINI





Oh ya, suami saya menyertai contest yang dianjurkan oleh Supermom Shaklee Story. Kami ingin berkongsi dengan lebih ramai orang di luar sana yang mungkin sedang menghadapi masalah untuk menghilangkan parut akibat chicken pox atau mungkin apa jua parut seperti parut jerawat. Jika anda atau anda mengenali sesiapa yang memerlukan bantuan untuk menghilangkan parut chicken pox boleh la share artikel ini kepada mereka. Semoga dengan bantuan anda, dapatlah menceriakan lagi kehidupan mereka yang memerlukan di luar sana.

Lebih banyak testimoni DI SINI


Untuk order, Whatsapp ke 019-259 8492 Saya juga sedia memberi khidmat konsultasi sejak awal sehingga anda benar2 sihat atau memerlukan.

 ZAINAH MUKHTAR SHAKLEE ID: 1137968
FB: Zainah Mukhtar



 
 
Add caption

Comments

Popular posts from this blog

Vivix buatkan kitaran haid kembali normal dan cyst mengecut

Wanita dan masalah haid tidak dapat dipisahkan. Wanita yang mengalamai kedatangan haid secara normal setiapa bulan adalah sangat beruntung dan dikategorikan sebagai wanita normal. Namun, ada juga wanita-wanita di luar sana yang mengalami kedatangan haid yang tidak normal atau tidak teratur. Keadaan seperti ini boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan dan juga masalah kesuburan dan peluang untuk mendapat cahayamata bagi sesetengahnya. Tahukah anda yang pengambilan suplemen vivix dapat membantu anda yang mengalami masalah kedatangan haid yang tidak teratur ni. Saya suka nak kongsikan pengalaman seorang rakan saya yang mengalami masalah haid tidak teratur yang telah mencuba vivix sebagai ikhtiar beliau. Baca artikel asal di Supermomshakleestory [ MASALAH HAID TIDAK TERATUR HILANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE ] . Assalamualaikum. Nama saya Rozila bt Ramli,berumur 32 tahun & saya adalah pengguna tegar produk Shaklee. Bermacam-macam produk Shaklee

SERIMUKA PANDAN

Serimuka Pandan Kuih talam serimuka pandan yang sedap ni resepi daripada Chef Asma.Saya panjangkan pula di sini. Saya memang pengemar kuih talam serimuka ni,anak-anak pun suka,lagi la bersemangat nak buat. Potong kecil2 senang nak makan. Resepi Talam Seri Muka Sumber: Chef Asma Dr Dapur: Damai Qalbu (Loyang 10x10x2") Bahan Lapisan Bawah: 500 gm beras pulut 250ml santan pekat (asal 300ml) 250 ml air (asal 300 ml) 1 1/2 sudu teh garam halus (asal 2 sudu besar) Cara: 1.Rendamkan pulut sekurang-kurangnya 4 jam.(pulut susu rendam 1 jam) 2.Basuh bersih dan toskan sehingga air kering. 3.Masukkan dalam loyang yang tidak berlubang dan kemudian masukkan santan pekat, air dan garam.Kacau rata dan kemudian kukus selama 30 minit. 4.Apabila pulut sudah masak, angkat dan gaul sehingga sebati. 5.Masukkan dalam loyang dan tekan padat. 6.Sapukan sedikit bancuhan lapisan atas.(adunan pandan) Bahan Lapisan Atas: Bahan A 250 gm gula kastor/

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Profesio