Skip to main content

Benarkah Shaklee ni bisnes MLM yang menipu???

Assalamualaikum dan salam ceria semua.

Kali ni nak share satu video mengenai MLM Shaklee dengan anda semua. Tapi sebelum tu nak juga bagitahu yang saya juga pernah terjebak dengan beberapa syarikat MLM yang lain. Saya pernah mendaftar sebagai ahli untuk beberapa buah syarikat lain. Syarikat apa? Biarlah rahsia...hihii. Tapi setakat ahli sahaja sebab selepas mendaftar ahli, saya akan di bawa ke syarikat mereka untuk dibagitahu "step" seterusnya untuk cepat naik pangkat. Wah time ni seronok tau sebab katanya cepat dapat naik pangkat dan income sangat lebat.




Tapi tapi tapi bila dah tahu "step" yang seterusnya tu, saya terkedu. Mana tak, saya disuruh buat pinjaman dengan bank dengan sekian sekian amaun untuk beli pangkat iaitu beli stok banyak-banyak. Ya ampunnnn, saya mana boleh buat pinjaman bank sebab saya surirumah je. Kata mereka suruh jer suami yang buat...aduhhhh. Memang tak la suami nak terlibat. So harapan nak cari income lebih habis kat situ jer. Bila kita kata tak boleh buat pinjaman mereka tak layan dah...bye bey je la..sedihhh. Tapi alhamdulillah saya tak terjebak dengan hutang dan simpan stok banyak-banyak bawah katil. Syukur sangat, hangus duit untuk jadi ahli je.

Kejadian macam tadi bukan sekali, bukan dua kali, 3 kali terkena. Lepas tu saya dah fobia dengan bisnes yang ajak-ajak orang pergi meeting bagai ni. Lama juga selepas fobia, saya masih juga ada hasrat nak cari income lebih secara santai-santai dari rumah je. Bosan juga tak buat apa kat rumah. Dipendekkan cerita saya dipertemukan dengan Shaklee asbab saya nak cari suplemen untuk suami saya yang resdung dan ayah mentua yang ada darah tinggi. Maka saya bertemu dengan upline saya sekarang iaitu Dr Najihah yang saya panggil sebagai ibu Jiah.

Mula-mula nak beli vitamin jer, lepas tu saya dibagitahu saya layak dapat free membership dengan nilai belian saya ketika itu. Jadi join la ahli. Ibu Jiah kata, taknak ke buat bisnes? Saya dah cuak dah bila dia tanya macam tu...fobia datang lagiiii. Dipendekkan cerita lagi, saya dah lama stalker fb ibu Jiah dan group bisnes beliau, jadi sedikit sebanyak saya tahu yang Shaklee ni MLM. Cuma saya tidak tahu akan perlu atau tidak kena melabur atau buat loan untuk naik pangkat bagai tu. Saya kata kat beliau boleh juga, dalam hati cakap janganlah dia suruh aku buat loan...hahaha. Berdebar-debar tau masa cakap nak buat bisnes tu.

Tertunggu-tunggu la saya, bila la ibu Jiah nak suruh aku buat loan ni. Lama jugak, tapi takde pun. Yang selalu beliau suruh cuma buat sharing kat Fb dan blog. Beliau masukkan saya dalam group leader beliau.  Dalam group diajar macam mana nak buat sharing dan  sebagainya. Eh...dalam hati senangnya buat bisnes Shaklee ni, tak perlu buat loan...yeayyyy

Produk Shaklee memang sangat bagus, sebelum saya giat melakukan sharing, saya dan keluarga terlebih dahulu mengamalkannya. Bila dah merasai sendiri akan keberkesanannya baru saya lebih yakin nak melakukan sharing. Maka bermulalah bisnes saya dari rumah jer. Stok tak perlu beli, cuatomer bayar, saya order dan syarikat poskan. Kalau yang berdekatan nak cod pun boleh, sebab ada juga sedikit stok yang saya simpan untuk sesiapa yang nak urgent. 

Panjang pulak bebelan saya ni. Ok lah seperti yang saya janjikan di awal tadi saya nak kongsikan sebuah video mengenai MLM Shaklee ni menipu ke idok??

Perkongsian daripada seorang ibu yang menjadikan Shaklee sebagai satu sumber menambah income serta menambah nilai kepada orang lain.


Nasihat saya jika anda nak cari satu bisnes yang betul-betul dapat membantu anda menambah nilai pada hidup anda dan keluarga, joinlah Shaklee. Rasai dulu keberkesanan produk, kemudia share kebaikannya pada semua, inshaallah income akan datang secara sendirinya.

Jangan terjebak dengan bisnes yang memerlukan anda membuat loan dan membeli produk yang banyak dipermulaan..no no no

Saya sendiri surirumah, buat bisnes ni di rumah. Permulaan nak buat bisnes ni hanyalah dengan yuran keahlian sebanyak RM 69 sahaja dah boleh run bisnes.


Jika anda memerlukan sebarang keterangan lanjut mengenai produk atau peluang perniagaan dengan Shaklee, jangan malu-malu untuk bertanya pada saya. Saya dan group bisnes saya akan support anda dengan memberi ilmu--ilmu dan tip-tip bisnes yang berguna untuk anda. Semuanya terpulang pada anda.

Hubungi saya, Zainah di talian 019-259 8492
FB: Zainah Mukhtar
Ig: hari-hari_vitamin

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Comments

  1. Kikiki...tertunggu2 bila nk suruh buat loan..ayat...hahahah

    ReplyDelete
  2. Kikiki...tertunggu2 bila nk suruh buat loan..ayat...hahahah

    ReplyDelete
  3. owh..patutlah ms mula2 tnya taknak buast bisnes ke..zai jwb tunggu pikir dulu..rupa2nya dah ada pengalaman ngeri..hihi

    ReplyDelete
  4. hihiii...itu pasal la pengalaman ngeri, tapi ternyata Shaklee sebaliknya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sijil Halal Shaklee 2017

Nak makan atau nak guna sesuatu produk selalunya kita akan tanya ada sijil halal tak? Keselamatan dan keberkesanan produk dah jadi no 2 atau 3.  Betapa sangat dipentingkan kehalalan sesuatu produk. Sama jugak la vitamin shaklee ni pun kerap sangat orang tanya ada halal ke tidak, sebab ianya produk dari luarnegara. Ini kak zai kongsikan sijil halal shaklee yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sendiri. Sijil halal ni akan diperbaharui setiap tahun. Jadi usah ragu-ragu untuk guna pakai produk keluaran shaklee ya semua. Untuk lebih yakin boleh ke web HALAL MALAYSIA ni ya. Baca sendiri dan bertanya pada pihak yang sepatutnya bukan percaya pada cakap-cakap orang yang memgatakan produk shaklee ni takde halal dari Malaysia sebab ianya produk luarnegara bagai ya. Bukan hanya ada sijil halal yang patut dititikberatkan, keselamatan,keberkesanan dan jaminan dari syarikat juga wajar dititikberatkan sebelum menggunakan sesuatu produk. Dapatkan juga maklumat mengenai kajian dan ujian klinikal terhad...

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Prof...