Skip to main content

Resepi Pisang Goreng Cheese Ranggup

Assalamualaikum dan salam ceria semua.

Pisang goreng cheese dah lama jadi fenomena.Saya pun terjebak jugak.Kalau nak beli,harganya boleh tahan juga. Tak susah pun nak buat sebenarnya.Tapi nak kena adunan tepung yang meranggupkan baru sedap.
resepi goreng pisang ranggup
Fenomena pisang goreng cheese.
Pisang goreng versi moden...cheese
ranggup dan enak sekali.


Petang tadi buat goreng pisang.Layan permintaan anak dara nak goreng pisang cheese. Goreng la dalam 2 sikat pisang. Kali ni adunan pakai sukat cawan,biasa main campak2 jer.Bila orang tanya resepi tak tahu nak explain macam mana,jadinya buat la ikut sukatan.
Alhamdulillah menjadi dan saya sangat berpuashati.Ranggup dan kekal ranggup walaupun dan sejuk.Tak boleh berhenti makan tau...hahhaa

Nak resepi ke???

Resepi ciptaan sendiri ni. Kalau ada yang nak cuba bolehlah ya.Sedap bagi tekak saya belum tentu sedap pada tekak anda semua..hihiii.

Kalau nak cuba, saya sangatlah berbesar hati nak berkongs resepi ni. Jom layannn

Pisang Goreng Cheese

Resepi Pisang Goreng Cheese Ranggup
Olahan: Zainah @ zaizamrich vitashop.blogspot.com

Bahan-bahan:

Pisang secukupnya
2 cawan tepung gandum (cap Green)
1/2 cawan tepung beras (saya guna yg cap 3 gajah)
2 1/2 cawan air
1 biji telur
1 sdt garam
1 sdt serbuk kunyit
1sdb gula
Minyak untuk mengoreng (saya pakai minyak yang banyak)

Bahan Hiasan:
Cheddar Cheese (untuk diparut...secukupnya)
Susu pekat ( untuk dititis atas pisang yang dah digoreng)
Coklat rice
Sos coklat

Cara-cara:
  1. Satukan tepung gandum,tepung beras,telur,garam,serbuk kunyit,gula dan air. Kacau sebati. Boleh juga kalau nak guna blender macam saya. Hasilnya lebih halus dan mulus.
  2. Pisang dibelah dua.
  3. Celupkan pisang dan adunan tepung.Goreng dalam minyak yang banyak.
  4. Dah goreng,sejukkan sekejap,tak nak sejukkan pn boleh.
  5. Susun pisang atas pinggan,kemudian titiskan susu pekat atas pisang tersebut. Jangan banyak sangat susu tu,tapi terpulanglah kalau nak banyak pun. Saya suka letak sikit2 je.
  6. Kemudian,parutkan cheddar cheese.Terpulang nak banyak mana.
  7. Tabur coklat rice atau sos coklat jika suka.
  8. Dah siap goreng pisang cheese!
Cheese and sos coklat

Nota zai: Keranggupan pisang goreng ni,bergantung juga kepada jenis tepung yang digunakan.Anda boleh try and error.

Selamat mencuba!


Comments

  1. Sedapnya..x pernah try buat sendiri lg..bolehlah try bila2..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Vivix buatkan kitaran haid kembali normal dan cyst mengecut

Wanita dan masalah haid tidak dapat dipisahkan. Wanita yang mengalamai kedatangan haid secara normal setiapa bulan adalah sangat beruntung dan dikategorikan sebagai wanita normal. Namun, ada juga wanita-wanita di luar sana yang mengalami kedatangan haid yang tidak normal atau tidak teratur. Keadaan seperti ini boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan dan juga masalah kesuburan dan peluang untuk mendapat cahayamata bagi sesetengahnya. Tahukah anda yang pengambilan suplemen vivix dapat membantu anda yang mengalami masalah kedatangan haid yang tidak teratur ni. Saya suka nak kongsikan pengalaman seorang rakan saya yang mengalami masalah haid tidak teratur yang telah mencuba vivix sebagai ikhtiar beliau. Baca artikel asal di Supermomshakleestory [ MASALAH HAID TIDAK TERATUR HILANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE ] . Assalamualaikum. Nama saya Rozila bt Ramli,berumur 32 tahun & saya adalah pengguna tegar produk Shaklee. Bermacam-macam produk Shaklee ...

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Prof...

Set Kencing Tak Lawas Shaklee pilihan bijak!

Kencing Tak Lawas Kencing tidak lawas atau  dikenali sebagai Inkontinens Urinari (UI- urinary incontinence). Ia adalah dianggap normal bagi sesetengah orang oleh kerana mereka beranggapan ini bukanlah merupakan suatu penyakit. Memang benar, ia bukanlah suatu penyakit, tetapi ia merupakan tanda-tanda awal kepada suatu penyakit jika dibiarkan berlanjutan dan akan terus mengganggu gugat kesihatan dan kehidupan seseorang di kemudian hari nanti. H akikatnya sesiapa saja pernah mengalami pengalaman ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup tidak kira berapa pun usia mereka. Tanda-tanda penyakit kencing tak lawas Sakit di kemaluan bila hendak buang air kecil. Kerap terasa nak kencing tapi rasa tak puas kencing Air kencing terasa panas dan berasa pedih bila keluar Tak dapat tahan kencing. Tapi bila dah kencing rasa nak kencing lagi. Kesan daripada penyakit kencing tak lawas 1. Sakit di kemaluan bila hendak buang air kecil. 2. Kerap terasa nak kencing tapi rasa tak puas ke...