Skip to main content

Makanan Untuk Cegah Jantung Tersumbat

Kesihatan Jantung...hapuskan kolestrol jahat.


========================================

Makanan adalah faktor yang amat penting untuk kesihatan jantung. Makanan yang betul dan sihat boleh mencegah sakit jantung sehingga 80% menurut sesetengah kajian sains.

Makanan yang baik untuk jaga kesihatan jantung dan hapuskan kolestrol


Untuk mencegah mendapan kolesterol pada saluran darah dan mencegah plak kolesterol yang boleh menyumbatkan saluran darah maka beberapa jenis makanan amat baik untuk diamalkan
sebagai sebahagian dari pemakanan seharian kita adalah seperti berikut...

1. Makan berserat penuh seperti oat, barli, beras perang, roti perang (wholemeal) bleh mengurangkan risiko saluran darah tersumbat. Makanan berserat penuh mengandungi tiga komponen utama iaitu bran, germ dan endosperm. Bahagian brans dan germ adalah paling berkhasiat kerana mengandungi serat, vitamin, mineral, anti oksidan dan lemak sihat. Bahagian endsperm adalah bahagian yang mengandungi kanji dan protin.

2. Kacang walnut adalah sejenis kekacang yang amat berkhasiat untuk kesihatan jantung kerana kandungan omega 3 yang tinggi terutama dari jenis ALA (alpha linolenic acid). Banyak kajian telah membuktikan bahawa omega 3 amat baik menurunkan risiko penyakit jantung.

3. Anggur hitam atau merah didapati boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dengan membantu saluran darah dijantung menjadi longgar dan melancarkan pengaliran darah didalamnya. Kajian terbaru mendapati anggur ini mengandungi sebatian anti oksidan iaitu ‘resveratrol’ terutama dalam biji dan kulitnya.

makanan yang baik untuk kawal kolestrol
Anngur muscadine yang terdapat dalam ramuan vivix shaklee
Anggur juga mengandungi serat yang tinggi pada bahagian kulitnya. Serat juga menyebabkan paras kolesterol turun terutamanya LDL dan meningkatkan paras kolesterol baik HDL. Kajian di Sepanyol yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Nutrition pada tahun 2008 menunjukkan serat daripada anggur adalah lebih baik daripada serat dari oat dan psyllium untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.

Satu kajian yang dijalankan di University of Wisconsin, USA yang diterbitkan dalan jurnal perubatan Circulation (1999) menunjukkan bahawa dengan makan anggur atau jus anggur setiap hari meningkatkan keanjalan saluran darah dan mengurangkan kadar kolesterol LDL teroksida dan ini akan mengurangkan pemendapan kolesterol pada dinding saluran darah jantung.

Anggur hitam juga mencegah sel darah platelet daripada menjadi melekit dan mengurangkan ia menjadi hyperaktif yang menyebabkan ia melekat pada dinding dan mencegah pembentukan darah beku yag boleh menyebabkan saluran darah jantung tersumbat. Kajian ini telah dibentangkan persidangan American College of Cardiology, Annual Scientific Session yang ke 46 pada tahun 1997.

4. Epal juga mengandungi anti oksidan yang tinggi yang boleh mencegah penyakit jantung. Sebiji epal mengandungi anti oksidan seumpama vitamin C 1500mg.

Epal juga mengandungi pelbagai anti oksidan yang lain seperti quercetin, catechin, phloridzin, plyphenol dan chlorogenic acid. Kesemua anti oksidan ini amat baik untuk kesihatan jantung dan boleh mencegah saluran jantung dari tersumbat akibat plak kolesterol sebagaimana yang dilaporkan dalam Nutrition Journal, pada May 2004.

5. Teh hijau adalah minuman yang sangat baik untuk kesihatan jantung dan mencegah saluran jantung tersumbat oleh plak kolesterol. Ia mengandungi sebatian anti oksidan yang amat tinggi yang dipanggil epigallocatechin (EGCG). Sebatian ini didapati amat baik untuk kesihatan jantung dan mencegah serta membalikkan pembentukan plak kolesterol dalam saluran darah jantung kita.

Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Circulation (May, 2004) merumuskan bahawa EGCG boleh mencegah pembentukan plak kolesterol.

Satu lagi kajian yang dijalankan di Greece yang diterbitkan dalam Journal of Cardiovascular Prevention and Rehabilitation (June,2008)menunjukkan minum teh hijau akan menambahkan diameter saluran darah sehingga 4% dalam tempoh 30 minit selepas ianya diminum. Ini adalah kerana sebatian flavonoids dalam Teh Hijau meningkat pengaliran darah dengan menyebabkan sel-sel pada dinding saluran darah menjadi relaks dan mudah mengembang.


Sumber asal artikel

Berikut adalah salah satu testimoni Sakit Jantung yang amalkan Vivix Shaklee

penyakit jantung, kolestrol tinggi, salur darah tersumbat akibat kolestrol tinggi, pengedar shaklee bintulu



Anda pun mahu yang selamat dan berkesan? jangan malu-malu untuk hubungi saya. Saya akan consult vitamin yang sesuai untuk anda bersesuaian dengan masalah anda. Setiap orang tidak sama masalah mereka dan keperluan vitamin juga pastinya berbeza.


Puan Zainah Mukhtar
No ID : 1137968
Sms / WhatsApp: 019-259 8492
Follow IG : harihari_vitamin
Pengedar Sah Shaklee di Bintulu, Sarawak.
COD Bintulu, Niah & Bekenu
POSLAJU seluruh MALAYSIA



Saya juga merupakan Pengedar Shaklee Bintulu dan sedia membuat COD untuk kawasan berhampiran bandar Bintulu (bergantung kepada ready stok semasa).

Shaklee bintulu, pengedar shaklee, cod bintulu



Comments

Popular posts from this blog

Vivix buatkan kitaran haid kembali normal dan cyst mengecut

Wanita dan masalah haid tidak dapat dipisahkan. Wanita yang mengalamai kedatangan haid secara normal setiapa bulan adalah sangat beruntung dan dikategorikan sebagai wanita normal. Namun, ada juga wanita-wanita di luar sana yang mengalami kedatangan haid yang tidak normal atau tidak teratur. Keadaan seperti ini boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan dan juga masalah kesuburan dan peluang untuk mendapat cahayamata bagi sesetengahnya. Tahukah anda yang pengambilan suplemen vivix dapat membantu anda yang mengalami masalah kedatangan haid yang tidak teratur ni. Saya suka nak kongsikan pengalaman seorang rakan saya yang mengalami masalah haid tidak teratur yang telah mencuba vivix sebagai ikhtiar beliau. Baca artikel asal di Supermomshakleestory [ MASALAH HAID TIDAK TERATUR HILANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE ] . Assalamualaikum. Nama saya Rozila bt Ramli,berumur 32 tahun & saya adalah pengguna tegar produk Shaklee. Bermacam-macam produk Shaklee

SERIMUKA PANDAN

Serimuka Pandan Kuih talam serimuka pandan yang sedap ni resepi daripada Chef Asma.Saya panjangkan pula di sini. Saya memang pengemar kuih talam serimuka ni,anak-anak pun suka,lagi la bersemangat nak buat. Potong kecil2 senang nak makan. Resepi Talam Seri Muka Sumber: Chef Asma Dr Dapur: Damai Qalbu (Loyang 10x10x2") Bahan Lapisan Bawah: 500 gm beras pulut 250ml santan pekat (asal 300ml) 250 ml air (asal 300 ml) 1 1/2 sudu teh garam halus (asal 2 sudu besar) Cara: 1.Rendamkan pulut sekurang-kurangnya 4 jam.(pulut susu rendam 1 jam) 2.Basuh bersih dan toskan sehingga air kering. 3.Masukkan dalam loyang yang tidak berlubang dan kemudian masukkan santan pekat, air dan garam.Kacau rata dan kemudian kukus selama 30 minit. 4.Apabila pulut sudah masak, angkat dan gaul sehingga sebati. 5.Masukkan dalam loyang dan tekan padat. 6.Sapukan sedikit bancuhan lapisan atas.(adunan pandan) Bahan Lapisan Atas: Bahan A 250 gm gula kastor/

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Profesio