Skip to main content

Lelaki tampan dan 10 jenis penyakit

lelaki

1.SAKIT JANTUNG
  • Serangan sakit jantung berlaku apabila terdapat kerosakan pada otot jantung ekoran daripada pengurangan pengaliran darah yang membawa oksigen dan nutrient kepada sel-sel jantung. Ia biasanya bermula apabila terdapat satu plak bekuan kolestrol yang tertanggal daripada dinding saluran darah dan tersangkut pada bahagian kapilari darah yang lebih sempit dan akhirnya menyebabkan pengaliran darah tersumbat. Apabila sel-sel otot jantung kurang bekalan makanan dan oksigen, ia akan menjadi semakin merosost dan akhirnya mati dan berhenti berfungsi. Keadaan seperti ini akan menyebabkan serangan sakit jantung secara tiba-tiba.

PUNCA: Keturunan, tekanan, merokok, alcohol, kurang bersenam, masalah kegemukan dan tabiat pemakanan yang tidak sihat.

2. KANSER PROSTAT
  • Kanser prostat adalah tumor ganas yang tumbuh di dalam kelenjar prostat. Penyakit ini biasanya menyerang lelaki berusia 70 tahun ke atas dan jarang menyerang lelaki berusia di bawah umur 40 tahun. Walau bagaimana pun,lelaki seharusnya menjaga kesihatan daripada awal,tidak bermakna hanya lelaki berusia 70 sahaja yang berisiko,selagi namanya lelaki anda tetap berisiko dan tidak mengira usia.Penyakit zaman sekarang boleh menyerang pada bila-bila masa sahaja.

PUNCA: Penyebabnya tidak diketahui, namun ada beberapa penelitian menunjukkan hubungan antara diet tinggi lemak dan peningkatan kadar hormon testoteron.

3. BATU KARANG
  • Batu karang atau renal stone membawa maksud terdapat batu di buah pinggangg atau salur kencing seseorang. Batu ini terbentuk apabila terdapat mendakan mineral dalam air kencing. Selalunya kaum lelaki lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini, namun kaum wanita juga tidak terkecuali.

PUNCA: Kurang air, genetic, penyakit sistinuria, kencing manis, darah tinggi, masalah hiperurisemia, kesan sampingan ubat, pemakanan dan kurang bersenam.

4. GOUT
  • Gout adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh asid uric yang berlebihan di dalam badan. Asid uric adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi pengidap gout, asid uric yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.

PUNCA: Pengambilan makanan yang mengandungi banyak nucleus (daging, ginjal, limpa, jantung), kekacang dan makanan laut 9kerang, udang, sotong dan sebagainya), mengalami penyakit kulit yang sentiasa mengelupas dan kering serta menghidap penyakit darah yang berlebihan.

5. DARAH TINGGI
  • Tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah keadaan cairan darah dalam tubuh menekan dinding arteri dengan cukup kuat hingga menyebabkan masalah kesihatan seperti penyakit jantung. Tekanan darah ditentukan dengan jumlah darah yang dipam oleh jantung.

PUNCA: Usia, genetic, tidak bersenam, merokok, garam berlebihan di dalam tubuh, sedikit vitamin D dalam darah, terlalu banyak minum alcohol dan tekanan/stress.

6.KENCING MANIS
  • Penyakit kencing manis atau diabetes merujuk kepada satu golongan penyakit yang mempengaruhi bagaimana badan mengawal gula atau glukosa darah. Jika seseorang itu mempunyai kencing manis, tidak kira apa jenisnya, bermakna dia mempunyai terlalu banyak glukosa yang terapung di dalam darahnya. Keadaan kencing manis jenis yang serius adalah kencing manis jenis 1 dan 2.

PUNCA: Seringkali  dikaitkan dengan pengumpulan asid yang banyak direnal. Rembesan insulin yang kurang daripada penkreas yang tidak terkawal disebabkan oleh gaya pemakanan yang tidak sihat.

7.PENYAKIT SEKATAN PERNAFASAN KRONIK (COPD)
  • Penyakit ini bukan setakat batuk perokok. Antara symptom COPD yang paling ketara adalah nafas tercungap-cungap, pengeluaran kahak yang keterlaluan dan batuk yang kronik, lebih dari sebulan.

PUNCA: Ia berpunca daripada keradangan tisu paru-paru akibat pendedahan berpanjangan kepada pencemaran udara, asap dan pemanas kayu atau arang batu dalam rumah.

8. STROK
  • Serangan strok berlaku apabila salah satu saluran darah utama di otak tersumbat. Saluran darah yang membeku atau pecah akan menyebabkan pemberhentian bekalan darah kepada sel-sel otak yang akhirnya menyebabkan kematian tisu saraf otak yang mengawal fungsi badan tertentu. Serangan strok biasanya tidak membawa apa-apa rasa sakit sebelum serangan berlaku. Ia berlaku secara tiba-tiba dan pesakit itu akan pengsan dan kemungkinan besar menjadi lumpuh pada bahagian tertentu badan.

PUNCA: Tekanan darah tinggi, merokok, kencing manis, kolestrol tinggi dan obesity.

9.KANSER PANKREAS
  • Pankreas adalah organ dalam perut yang terletak secara horizontal dan di dalamnya terdapat sel eksokrin pancreas yang menghasilkan cairan pencernaan. Manakala sel endokrin pankreas menghasilkan hormon insulin dan glukagon yang mengatur tingkat gula darah dalam tubuh. Kanser pankreas ialah sel yang bersifat kanser terbentuk di dalam pankreas.

PUNCA: Merokok, diabetes,faktor genetic, radang atau infeksi pada pancreas dan obesiti.

10. Obesiti
  • Obesiti dapat ditakrifkan sebagai seseorang yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Dalam erti kata lain, obesity ialah berat badan yang tidak ideal dengan ketinggian seseorang.

PUNCA: Genetik, kerosakan salah satu bahagian otak,pola makan secara berlebihan,kurang bersukan, pengaruh emosi dan lingkungan persekitaran.

Untuk lebih detail saya sarankan anda berjumpa pakar atau gugel info lanjut bagi setiap jenis penyakit yang berkaitan dengan anda ok.

Suka saya nak kongsikan dengan anda semua bagaimana En. Huzir menjaga kesihatan beliau dengan berhenti merokok.



Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya from iReach HD on Vimeo.

Berikut pula perkongsian daripada En Fahmi, bagaimana beliau berjaya mengawal tekanan darah tinggi beliau. Saksikan.



Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.

Jika anda seorang yang mementingkan kesihatan,anda seharusnya memulakan langkah-langkah pencegahan dengan mengamalkan cara hidup sihat dan juga boleh mengambil suplemen kesihatan bagi membantu sistem tubuh anda berfungsi dengan lebih baik dan dapat melindungi tubuh anda daripada serangan penyakit berbahaya seperti di atas itu tadi.

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee.
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Bintulu, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Bintulu, Sarawak.
Puan Zainah Mukhtar
No ID : 1137968
Sms / WhatsApp: 019-2598492
FB: zainah mukhtar
FB Page: zaizamrich vitashop
Pengedar Sah Shaklee di Bintulu, Sarawak.
COD Bintulu, Niah & Bekenu
POSLAJU seluruh MALAYSIA


Comments

Popular posts from this blog

Vivix buatkan kitaran haid kembali normal dan cyst mengecut

Wanita dan masalah haid tidak dapat dipisahkan. Wanita yang mengalamai kedatangan haid secara normal setiapa bulan adalah sangat beruntung dan dikategorikan sebagai wanita normal. Namun, ada juga wanita-wanita di luar sana yang mengalami kedatangan haid yang tidak normal atau tidak teratur. Keadaan seperti ini boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan dan juga masalah kesuburan dan peluang untuk mendapat cahayamata bagi sesetengahnya. Tahukah anda yang pengambilan suplemen vivix dapat membantu anda yang mengalami masalah kedatangan haid yang tidak teratur ni. Saya suka nak kongsikan pengalaman seorang rakan saya yang mengalami masalah haid tidak teratur yang telah mencuba vivix sebagai ikhtiar beliau. Baca artikel asal di Supermomshakleestory [ MASALAH HAID TIDAK TERATUR HILANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE ] . Assalamualaikum. Nama saya Rozila bt Ramli,berumur 32 tahun & saya adalah pengguna tegar produk Shaklee. Bermacam-macam produk Shaklee

SERIMUKA PANDAN

Serimuka Pandan Kuih talam serimuka pandan yang sedap ni resepi daripada Chef Asma.Saya panjangkan pula di sini. Saya memang pengemar kuih talam serimuka ni,anak-anak pun suka,lagi la bersemangat nak buat. Potong kecil2 senang nak makan. Resepi Talam Seri Muka Sumber: Chef Asma Dr Dapur: Damai Qalbu (Loyang 10x10x2") Bahan Lapisan Bawah: 500 gm beras pulut 250ml santan pekat (asal 300ml) 250 ml air (asal 300 ml) 1 1/2 sudu teh garam halus (asal 2 sudu besar) Cara: 1.Rendamkan pulut sekurang-kurangnya 4 jam.(pulut susu rendam 1 jam) 2.Basuh bersih dan toskan sehingga air kering. 3.Masukkan dalam loyang yang tidak berlubang dan kemudian masukkan santan pekat, air dan garam.Kacau rata dan kemudian kukus selama 30 minit. 4.Apabila pulut sudah masak, angkat dan gaul sehingga sebati. 5.Masukkan dalam loyang dan tekan padat. 6.Sapukan sedikit bancuhan lapisan atas.(adunan pandan) Bahan Lapisan Atas: Bahan A 250 gm gula kastor/

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Profesio