Assalamualaikum semua.
Kali ni nak share resepi karipap yang sedap dan senang sangat nak buatnya.bahan-bahan pun sangat sikit dan ada di setiap rumah setiap masa. Saya siap buat jual lagi tau.Memang terbaik resepi ni bagi saya.Anda semua patut cuba dan rasai sendiri.
Tempahan 350 biji karipap inti kentang |
Rupa karipap saya buat ni tak cantik dan tak kemas sangat.Pertama kali cuba klim dengan tangan.Karipap yang saya jual saya pakai mesin dan acuan,lebih cepat dan mudah.tapi masa mengoreng ianya terbuka la pulak...huhuu.Tapi bukan semua terbuka la,ada la 10 biji daripada 400 biji yang saya goreng tu.Resepi ini saya ambil daripada blog kak Azlita Masam Manis blogger tersohor dalam bidang masakan. Izinkan saya share di sini pula ya.Baiklah kita tengok resepinya ya.
Resepi Pastry
Karipap
Resepi
Olahan : Amy
Sumber:Blog
Azlita Masam Manis
Dicuba
oleh: Zainah
Bahan-bahan:
500 gm tepung gandum
170 ml minyak jagung (saya guna minyak masak biasa ,sbb minyak jagung takde stok)
250 ml air ais atau air sejuk dari peti ais
1 sudu teh garam halus
1 biji jus limau kasturi
500 gm tepung gandum
170 ml minyak jagung (saya guna minyak masak biasa ,sbb minyak jagung takde stok)
250 ml air ais atau air sejuk dari peti ais
1 sudu teh garam halus
1 biji jus limau kasturi
Cara-cara:
Masukkan tepung ke dalam mangkuk pengadun
Sementara itu kita panaskan minyak jagung hingga betul-betul panas.
Berhati-hati tuangkan minyak panas ke dalam adunan tepung.
Berhati-hati ya minyak masih panas, gunakan senduk kayu untuk kacau adunan rata-rata hingga adunan menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan sedikit garam
Kemudian tuangkan air sejuk dari peti ais, jangan tuang semua air tu ya, tuang sikit-sikit.
( sukatan air tidak di gunakan semuanya, ianya bergantung pada kesebatian doh, bila dah sebati tak perlu tambah air lagi )
Kacau adunan rata.
Perahkan jus limau kasturi dan uli adunan hingga lembut dan tidak melekat di tangan. Doh biar ia keras sedikit ya, sebab tu jumlah air tidak di masukkan semua.
Kemudian masukkan doh ke dalam bag plastik yang bersih dan tidak bocor.
Bungkus kedap dan perap doh selama 15 minit, supaya doh berpeluh dan menjadi doh yang lembut dan elastic.

Selepas
15 minit, keluarkan doh dari plastik dan bulat-bulatkan doh sebesar guli,
anggaran berat setiap doh 25 gm
Masukkan semula doh dalam plastik dan perap lagi selama 15 minit
Setelah di perap bolehlah kita mulakan proses membuat karipap.
Canai doh, tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis. Jika menggunakan mesen pengelek, setkan pada no 3 untuk ketebalan yang sempurna.
Terap doh dengan menggunakan alat penerap. Jika nak membuat karipap bentuk bulat kena terap dengan acuan bulat dan anda perlukan 2 keping untuk 1 karipap.
Letakkan inti, kemaskan tepinya dan klim kan tepinya kemas.
Susun di atas dulang yang telah di taburkan sedikit tepung.
Jika menggunakan acuan karipap yang separa bulatan anda hanya perlu letakkan doh yang telah di canai pada acuan karipap, letakkan inti dan tutup acuan, maka terhasillah karipap separa bulatan.
Buat sehingga habis semua adunan doh
Kemudian bolehlah di goreng.
Kaedah Mengoreng Karipap :

Panaskan minyak, tapi tidak boleh terlalu panas.
Minyak yang terlalu panas membuatkan permukaan karipap mengerutu atau berbenjol-benjol.
Tapi minyak juga tidak boleh tidak panas kerana karipap akan menyerap minyak membuatkan terasa muak bila di nikmati.
Jadi pastikan minyak sederhana panasnya.
Biarkan ia kuning keemasan di sebelah
bawah baru balikkan
Bila dah betul-betul masak baru
angkat dan toskan minyaknya dengan kitchen towel yang mampu menyerap minyak.
Tips untuk
buat karipap frozen daripada kak Ita:
Bagi anda yang nak jadikan karipap frozen, atau jika jumlah karipap yang di buat terlalu banyak dan tak habis untuk di goreng semuanya, anda boleh simpan dan boleh di goreng semula pada keesokkkannya. Atau jika anda nak simpan untuk di hidangkan pada tetamu yang datang ke rumah, anda boleh juga simpan dengan kaedah frozen juga. Atau jika anda nak membuat jualan karipap frozen ada 2 kaedah atau cara bagaimana nak frozenkan karipap.
Resepi inti karipap
Olahan: Zainah
Bahan-bahan;
5-7 biji kentang saiz sederhana
segengam ikan bilis (boleh ganti udang kering)
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji bawang besar (potong dadu)
2-3 sudu besar serbuk kari (jadikan pes,campur dengan sedikit air)
2 biji bawang besar (potong dadu)
2-3 sudu besar serbuk kari (jadikan pes,campur dengan sedikit air)
2 sudu besar cili kisar (nak pedas boleh tambah)
Beberapa helai daun kari
garam,gula secukup rasa
garam,gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara-caranya:
- Potong dadu kentang.
- Tumbuk ikan bilis,bawang merah dan bawang putih hingga hancur, ketepikan.
- Panaskan minyak dan tumis separuh daripada bawang besar yang dipotong dadu tadi hingga layu.
- Masukkan bilis dan bawang yang telah ditumbuk.
- Masukkan cili kisar dan pes serbuk kari tumis hingga garing.
- Masukkan daun kari.
- Masukkan kentang dan air secukupnya (dalam 3 cawan).tak perlu banyak nanti lambat kering.cukup sekadar kentang menjadi empuk.
- Bila kentang dah empuk,masukkan bagi bawang besar yang dipotong dadu tadi.
- Perasakan dengan garam dan gula.
- Masak hingga agak kering.
- sejukkan inti sebelum diguna.
Inti karipap boleh dipelbagaikan mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing. Bahan asasnya sama sahaja.boleh buat inti sardin,ayam,daging,ikan dan macam-macam lagi.
Selamat Mencuba!
Boleh cuba nti ni..biasa dibuat resepi hentam saja..haha
ReplyDelete