Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2014

Closing terakhir ditahun 2014

Hari ni adalah hari terakhir di tahun 2014.Hari terakhir closing tuk tahun ni. Apa-apa pun saya bersyukur atas segala nikmat dan rahmat yang diberikan pada saya sepanjang tahun ni. Banyak suka duka dan cabaran sejak saya menceburi bidang bisnes shaklee ni.Ada saat macam nak give up tapi cepat-cepat bangkit dan teruskan perjalanan.Lumrah la kita sebagai manusia biasa,ada saat down ada saat semangat membara..hihiii Namun wajib diteruskan sehingga mencapai matlamatnya.Saya takkan mengalah...saya yakin dengan bisnes shaklee ni,saya dapat merubah kehidupan saya dan ramai orang di sekeliling saya. Tahun 2015 akan sangat mencabar,dan saya harus mempersiapkan diri dari segi emosi,fizikal dan mental serta rohani juga ilmu. Keep fighting! Welcome 2015!

3 punca utama badan kehilangan kolagen.

Bila meningkat usia maka akan ketara la kedut-kedut dan garis-garis halus pada wajah dan anggota badan.Wanita yang mementingkan kecantikan pastinya sangat risau dan akan mencari jalan untuk melindungi kedut-kedut yang telah mula menonjolkan diri tu. Tapi tahukah anda apa punca sebenar garis-garis halus atau kedut-kedut yang muncul tu?Itu adalah petanda bahawa badan anda telah kehilangan kolagen yang sangat banyak. Apakah pula puncanya kehilangan kolagen tu? Terdapat 3 punca utama kenapa kita kehilangan kolagen dari badan. 1. Badan manusia akan kehilangan kolagen pada kadar 1.5% setahun apabila usia menginjak ke angka 25 tahun. Jika dihitung apabila usia mencecah 50 tahun, hampir separuh dari kandungan kolagen dalam badan sudah tiada lagi. 2. Apabila mencecah usia 30 tahun pula, bukan sahaja badan manusia kehilangan kolagen, tetapi kadar badan manusia menghasilkan kolagen juga berkurangan. 3. Kehilangan kolagen kerana lambakan bahan toksik seperti radikal bebas, peng

Penghabisan stok kolagen terlaris!

Berita mengemparkan bagi semua pengguna kolegen shaklee pada bulan ini. Promosi Beli 3 Percuma 1..memang sangat-sangat mendapat sambutan hangat.Tetapi berita yang tak bestnya adalah, pengeluaran kolagen untuk tahun depan akan dihentikan bermula 1 Januari 2015 sehingga 9 ke 12 bulan juga lamanya. Sekiranya anda pengguna setia kolagen shaklee,maka anda wajib membeli sekarang juga dan membuat stok untuk setahun penggunaan atau mengikut keperluan anda sendiri. Bagi yang baru nak cuba,boleh dapatkan denhan harga promosi ni.Cepat-cepat hubunhi saya ok. Kolagen bukan sekadar untuk kecantikan malah lebih daripada itu.Nak tahu lagi detail?Sila klik di   SINI  ...semoga bermanfaat. Cepat cepat sebelum akhir bulan ni ya,tahun depan dah takde dijual kolagen lagi untuk tempoh setahun.

Perangai pelik ibu anak 4

Nak cerita mengenai perangai pelik ibu anak 4 atau saya sendiri la...hihiii Saya tak pasti apa perangai pelik saya,mungkin suami atau anak-anak saya lebih arif.Sebab mereka lebih nampak. Yang saya rasa yang agak pelik bagi saya adalah,saya suka mengalih susun atur perabot dalam rumah saya.Dalam setahun 3 atau 4 kali saya akan alih susun aturnya.Tetapi bukan satu rumah dalam satu masa la,mungkin bulan ni ruang tamu,bulan depan bilik tidur macam tu la.Kalau nak buat semua sekaligus memang boleh bengkok pinggang...hahahaa Saya juga suka membuat kek dan memasak,tapi percaya tak,ada antara kek dan masakan yang saya masak tu,saya tak pernah makan...biasanya kek atau kuih muih.Biarpun orang kata kek atau kuih yang saya buat tu sedap,saya tak lalu nak makan.Biarpun dah berkali-kali saya buat...antaranya creampuff,memang saya tak pernah makan.Suka buat untuk keluarga dan kawan-kawan,tapi sendiri tak makan. Itulah perangai pelik saya yang saya rasa pelik.Mungkin bagi pandangan suami dan anak

Jangan cari perhatian manusia,kelak merana diri!

Tanpa kita sedar dan kadangkala kita lalai. Kita suka mencari perhatian manusia tanpa kita sedari. It's ok . Tapi bila dah sedar, cepat-cepat cari perhatian Allah kerana itu lebih baik. Terlalu mencari perhatian manusia sehingga lupa untuk mencari perhatian Allah sangatlah rugi. Sibuk mencari perhatian boleh membuat kita merana! Manusia tidak dapat memberi kebahagian, hanya dengan mendapat perhatian Allah kita akan merasa dan mendapat kebahagiaan abadi.  Percayalah.

Cegah kanser dengan antioksidan??

Apa  itu anti oksidan? Kenapa anti oksidan perlu? Apa kaitan anti oksidan dengan kanser? Lawan kanser dengan antioksidan?  Wahh banyak soalan.Tapi memang perlu kita bertanya jika tak tahu,supaya tak sesat jalan kata pepatah.Betul tak? Cegah kanser dengan antioksidan berkualiti dan terbaik. APA ITU ANTIOKSIDAN? Antioksidan merupakan bahan semulajadi yang bertindak untuk menghentikan atau menghalang kerosakan pada tubuh badan yang disebabkan oleh radikal bebas (free radicals). Tubuh kita memerlukan antioksidan untuk menstabilkan radikal-radikal bebas ini supaya sel-sel tubuh terpelihara daripada terus rosak.Radikal bebas boleh membawa kepada kanser kalau tidak dikawal. BAGAIMANA DAN DARI MANA NAK DAPATKAN ANTIOKSIDAN? Secara semulajadi, tubuh kita memang menghasilkan antioksidan yang berfungsi untuk melawan radikal bebas yang dibebaskan secara oleh tubuh semasa proses biasa. Selain itu, kita juga boleh mengamalkan diet yang sihat untuk melawan radikal be

7 sebab kenapa saya memilih Shaklee

Saya agak cerewet dalam memilih suplemen atau produk untuk diamalkan.Saya lebih suka memilih suplemen atau produk keluaran syarikat yang telah lama bertapak dan menunjukkan reputasi yang baik. Saya percaya pada kualiti dan reputasi syarikat. Saya tidak hanya memandang pada nama atau peluang menjana pendapatan lumayan, tapi secara keseluruhannya. Nak tahu kenapa saya memilih Shaklee untuk diamalkan serta untuk saya membuat side income? 7 sebab kenapa Shaklee menjadi pilihan saya: Reputasi Syarikat - Shaklee telah bertapak selama lebih daripada 55 tahun.Sebuah syarikat nutrisi semulajadi N0 1 di Amerika Syarikat. Sudah cukup menyakinkan bagi saya untuk saya mengamalkan suplemen atau produk keluaran Shaklee. Malah saya yakin untuk membina masa depan saya bersama Shaklee! Jaminan Keselamatan Produk - Shaklee sangat mementingkan keselamatan dan standard yang tiada bandingannya. Shaklee menjalankan lebih daripada 350 ujian pada setiap ramuan baru untuk mengesa bahan pencema

Surirumah wajib ada pendapatan sendiri

Perlu ke surirumah wajib ada pendapatan sendiri? Gaji atau pendapatan suami tak cukup ke? Pernah dengar tak pepatah ada mengatakan "Sediakan payung sebelum hujan"?  Surirumah boleh cari side income hanya daripada rumah. Bukan nak mintak benda tak baik berlaku,cuma persediaan untuk menghadapi masa-masa tak dijangka perlu ada.Lebih-lebih lagi bila mengenangkan kos sara hidup sekarang ni. Setakat gaji RM 2500 kalau tinggal di bandar,memanglah tak cukup,nak menyimpan pun tak sempat. jadi bayangkanlah jika ada masa kecemasan,mana nak cekau duit tu? Sebab itulah surirumah wajib ada pendapatan sendiri selain nafkah daripada suami. Jika anda rasa dah selesa dengan apa yang ada 'ada' tu,wajiblah anda semua fikirkan semula. tak salah jika surirumah ada pendapatan sendiri,malah boleh tolong suami untuk membayar bil-bil rumahtangga. Ringan sikit bebanan suami.Suka tak tengok suami gembira?Anak-anak gembira,sebab apa yang mereka nak,ibu mereka boleh berikan seba

Malaysia negara orang gemuk???

Rakyat Malaysia ramai yang obesiti. Percaya tak?? Atau adakah anda salah seorang yang mengalami masalah obesiti?Jangan jadikan Malaysia negara orang gemuk ok...tak nak tak nak tak nak Hasil kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi kajian bertajuk “ Prevalence of obesity among children ” pada tahun 2008 menunjukkan peningkatan kadar obesiti sehingga 30% di kalangan kanak-kanak berusia 6-12 tahun, berbanding tahun-tahun sebelumnya. SUMBER RUJUKAN: SINI [1]  Mohammad Nor et. al, 2006 .  The Third National Health and Morbidity Survey (NHMS III) 2006: nutritional status of adults aged 18 years and above . [2]  Rampal et. al, 2007 .  A National Study on the Prevalence of Obesity among 16,127 Malaysians.  [3]  WN Mohamud et. al, 2011 .  Prevalence of overweight and obesity among adult Malaysians: an update . Secara amnya, obesiti me rupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Siapa yang t

Mereka kesayangan hamba.

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Setiap daripada kita ada orang yang kita sayang. Begitu juga dengan saya.Keluarga saya adalah kesayangan saya. Kasih sayang adalah anugerah daripada Allah. Jangan dipersiakan anugerah itu. My lovely husband and my youngest daughter Anugerah tak ternilai...keluarga kecilku My parents...Allahyarhamah ibuku al-fatihah My mother & father in law Setiap apa yang kita ada,hargai dan sayangi mereka.Tunjukkan kasih sayang pada mereka. Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka  dunia akhirat. Sayang kamu!

Tekanan hidup membawa padah!

Tanggani stress sebelum ianya membawa padah. Tekanan hidup yang terjadi pada kita pada hari ni sangat ketara.Siapa yang tidak dapat menangganinya dengan baik akan membawa padah. Banyak kesan buruk akan berlaku kesan daripada tekanan hidup yang melampau. Sebagai contoh, selepas harga minyak naik, berita subsidi minyak pula yang akan dimansuhkan. Kecoh satu malaya. Mau tak kecoh,bila harga minyak naik,secara automatiknya harga barang-barang juga akan naik. Bagi yang tiada pendapatan tetap atau bergaji kecil,kesukaran makin bertambah.Tekanan hidup makin berganda. Pelbagai masalah sosial akan berlaku. Semuanya saling berkait antara satu sama lain. Rasanya tak perlu saya ceritakan kot, semua dah boleh agak atau tahu akan kesannya. Macam kes yang terbaru pula,hangat mengenai kes seorang wanita yang ditoreh mukanya oleh perompak. Betapa ganas dan tidak berhati perutnya perompak sekarang ni.Takut sangat bila baca berita macam ni. Rasa tak selamat dah tinggal dalam rumah sendi

Resepi Pisang Goreng Cheese Ranggup

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Pisang goreng cheese dah lama jadi fenomena.Saya pun terjebak jugak.Kalau nak beli,harganya boleh tahan juga. Tak susah pun nak buat sebenarnya.Tapi nak kena adunan tepung yang meranggupkan baru sedap. Fenomena pisang goreng cheese. Pisang goreng versi moden...cheese ranggup dan enak sekali. Petang tadi buat goreng pisang.Layan permintaan anak dara nak goreng pisang cheese. Goreng la dalam 2 sikat pisang. Kali ni adunan pakai sukat cawan,biasa main campak2 jer.Bila orang tanya resepi tak tahu nak explain macam mana,jadinya buat la ikut sukatan. Alhamdulillah menjadi dan saya sangat berpuashati.Ranggup dan kekal ranggup walaupun dan sejuk.Tak boleh berhenti makan tau...hahhaa Nak resepi ke??? Resepi ciptaan sendiri ni. Kalau ada yang nak cuba bolehlah ya.Sedap bagi tekak saya belum tentu sedap pada tekak anda semua..hihiii. Kalau nak cuba, saya sangatlah berbesar hati nak berkongs resepi ni. Jom layannn Pisang Gor

Vitamin tak sesuai sebab tu kena healing crisis?

Healing Crisis adalah tindakbalas semulajadi  badan terhadap suplemen "Kenapa start saya makan Shaklee saya rasa sangat mengantuk dan kerap mengantuk?" "Kenapa saya selalu rasa pening-pening je sejak ambik supplement Shaklee ni? Bukan ke ramai yang kata Shaklee ni bagus?" "Lepas start makan Shaklee ni, muka saya naik jerawat lah. Shaklee ni tak serasi dengan saya agaknya?" "Dah seminggu saya ambik Shaklee tapi badan asyik rasa letih aje" Sebahagian daripada kesan-kesan awal atau tanda-tanda healing crisis sedang berlaku apabila dah mula ambil suplemen Shaklee. Kepada yang tak pernah tahu apa itu healing crisis akan terus membuat andaian suplemen Shaklee tak sesuai untuk mereka dah terus berhenti mengambilnya. Alangkah ruginya. Apa itu Healing Crisis? Dalam bahasa yang mudah difahami, healing crisis ini adalah  TINDAKBALAS SEMULAJADI BADAN  hasil daripada pengambilan suplemen yang baru diamalkan tadi. Jangan salah