Skip to main content

Pengidap kencing manis tak perlu puasa...dengan syarattt

 Assalamualaikum dan salam satu Malaysia

[Saya adalah pengedar sah shaklee di Bintulu,Sarawak dan seluruh Malaysia.]

Tinggal beberapa hari je lagi nak puasa kan.Bestnya bulan puasa ni,selain solat sunat terawih dan peluang membolot pahala adalah dapat makan macam2 jenis makanan yang kita boleh jumpa setahun sekali je..iaitu masa bulan ramadhan.Betul tak?...suka la tu...hihihi

Tetapi bagi pesakit atau pengidap kencing manis,mereka tidaklah dapat mengambil makanan yang tinggi kandungan gula ni...maklum la,makanan di bulan puasa ni kaya dengan gula...nanti tak pasal2 beraya kat hospital plak...hihihi.

Pengidap kencing manis boleh je  berpuasa...jangan jadikan alasan ada kencing manis nak ponteng puasa plak ye.Kecuali atas nasihat doktor,jika berpuasa boleh memudaratkan pengidap kencing manis tu,maka dibenarkan untuk tidak berpuasa...jangan suka2 tak puasa...rugi sangat.





Pada bulan Ramadan, umat Islam diwajibkan untuk berpuasa di antara terbit matahari hingga terbenam matahari iaitu 14 jam sehari. Mereka yang menghidap diabetes adalah digalakkan berpuasa dengan cara yang selamat. 

 Walau bagaimanapun, Islam membenarkan pesakit yang mempunyai penyakit serius seperti diabetes untuk berbuka puasa sekiranya boleh memudaratkan penyakit.
 
Antara keadaan yang tidak digalakkan berpuasa adalah seperti:
  1. Penyakit diabetes mellitus jenis 1 dan 2 yang tidak terkawal.
    • Dibimbangi akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti dehidrasi (kekurangan air), jangkitan kuman dan koma.
  2. Mengalami komplikasi diabetes yang serius.
    • Bagi pesakit yang mempunyai komplikasi seperti penyakit jantung koronari, kerosakan buah pinggang dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal perlu berbincang dengan Pakar Perubatan.
  3. Kerap mengalami komplikasi diabetik ketoasidosis.
    • Biasanya lebih cenderung kepada pesakit Diabetes Mellitus Jenis I. Biasanya adalah disebabkan oleh dos insulin yang tinggi dan pengambilan makanan yang sedikit ketika berpuasa.
  4. Pesakit yang tidak mematuhi aturan pemakanan dan ubat-ubatan bagi diabetes.
  5. Kerap mengalami komplikasi hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah).
    • Terutama kepada pesakit yang mempunyai sejarah 2 kali atau lebih pada bulan puasa yang lalu.
  6. Mengandung.
    • Bagi pesakit Diabetes Jenis I, II dan Gestasi jika ingin berpuasa, mereka perlulah berbincang dengan Pakar Perubatan dan Pegawai Dietetik berkenaan ubat dan diet yang sesuai semasa berpuasa.
  7. Mengalami jangkitan kuman.
  8. Warga tua yang tinggal bersendirian. 
 

Penyesuaian Diet Semasa Berpuasa
Ia adalah sesuatu yang penting untuk penghidap diabetes melatih diri berpuasa 2 bulan awal sebelum berpuasa sebenar iaitu bermula bulan Rejab dan Sya'ban. Pesakit diabetes juga perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan menjalani program pendidikan bersama Pegawai Perubatan, Pegawai Dietetik, Pegawai Farmasi dan Jururawat Diabetes tuntuk memahami cara-cara berpuasa dengan betul ketika bulan Ramadan.
 



Tips Bagaimana Untuk Menyesuaikan Diri Semasa Berpuasa
  1. Jangan tinggal waktu bersahur.
    • Waktu bersahur perlulah selewat mungkin sebelum waktu imsak.
    • Ketika bersahur perlu seimbangkan makanan dengan karbohidrat yang secukupnya.
  2. Jangan melambatkan waktu berbuka.
    • Memadai waktu berbuka dengan 2 biji kurma terlebih dahulu sebagai sebahagian daripada karbohidrat.
    • Hadkan pengambilan makanan yang tinggi gula.
  3. Digalakkan mengambil hidangan utama selepas solat maghrib.
    • Perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang.
  4. Minum malam selepas solat tarawih.
    • Boleh diambil sebagai pengganti snek sebelum tidur.
  5. Sertakan buah-buahan dan sayur-sayuran ketika sahur dan berbuka.
    • Karbohidrat yang mengandungi serta yang tinggi adalah digalakkan untuk setiap hidangan utama.
  6. Hadkan makanan yang bergoreng dan berlemak.
    • Contohnya: Masakan berlemak yang menggunakan santan, ayam goreng, mi goreng dan lain-lain.
  7. Hadkan makanan yang tinggi garam.
    • Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan risiko kekurangan air.
  8. Minum air secukupnya.
    • Minum air yang cukup terutamanya ketika sahur untuk menggantikan air yang hilang ketika berpuasa. Disarankan untuk mengambil 8 gelas air sehari terutama ketika masa tidak berpuasa (malam).




Apakah Hipoglisemia?
Hipoglisemia adalah gejala gula dalam darah yang terlalu rendah (kurang daripada 4mmol/L). Pesakit yang mengambil suntikan insulin berisiko tinggi untuk mengalami kejadian ini.
Apakah Tanda-tanda Hipoglisemia
  • Lemah, menggigil.
  • Berpeluh.
  • Pening.
  • Lapar.
  • Penglihatan Kabur.
  • Letih-lesu.
  • Sakit kepala.
Apakah Penyebab Hipoglisemia?
  • Tidak makan atau lewat makan selepas makan ubat atau suntikan insulin.
  • Tidak ambil sumber karbohidrat yang mencukupi.
  • Aktiviti fizikal yang tidak dirancang.
  • Senaman yang lasak.
  • Dos insulin atau ubat diabetes yang berlebihan.
Bagaimanakah Untuk Mencegah Hipoglisemia?
  • Ambil ubat / insulin mengikut dos yang diarahkan.
  • Makan secara tetap mengikut waktu dan kuantiti yang cukup.
  • Aktiviti fizikal seperti senaman yang aktif atau sederhana adalah tidak digalakkan. Walau bagaimanapun, senaman yang disarankan oleh Pegawai Perubatan adalah dibenarkan.
  • Memantau paras gula dalam darah.
Cara-cara Mengatasi Hipoglisemia
  • Sekiranya mengalami tanda-tanda hipoglisemia, minum ½ cawan air manis atau hisap 3 biji gula-gula atau 3 sudu teh gula/madu.
  • Kemudian, rehat 10 hingga 15 minit. Jika paras gula darah tidak kembali paras normal, sila ulangi langkah 1 sekali lagi.
  • Jika jarak masa makan yang seterusnya adalah lebih dari 20 minit, sila ambil 1 hidangan karbohidrat kompleks seperti 1 keping roti atau 1 keping sandwich atau 3 keping biskut kraker krim atau 1 biji buah atau 1 cawan susu.
Apakah Tanda-tanda Hiperglisemia?
  • Kerap buang air kecil.
  • Terlalu dahaga.
  • Sangat letih.
Apakah Tanda-tanda Dehidrasi?
  • Amat dahaga.
  • Kulit dan lidah yang terlalu kering.
  • Fikiran terganggu.
Pengubahsuaian Diet:
Risiko bagi pesakit yang mengawal diabetes hanya melalui diet dan gaya hidup sahaja adalah rendah. Walau bagaimanapun, mereka masih mempunyai risiko sekiranya tidak mengawal pemakanan terutamanya ketika berbuka puasa. Pembahagian daripada 2 ke 3 hidangan waktu makan dapat membantu mengurangkan berlakunya hiperglisemia (kenaikan gula dalam darah). Berpuasa pada bulan Ramadan hanya sesuai kepada pesakit yang dapat mengawal pemakanan dengan betul.

ps: Sila dapatkan nasihat doktor jika kencing manis anda diperingkat yang teruk.



Saya suka nak cadangkan pada pengidap kencing manis yang masih diperingkat awal agar mengawal tahap kencing manis anda.Kawal pemakanan,membuat senaman dan mengambil supplement yang boleh membantu mengawal tahap kencing manis anda sebelum ianya ke peringkat yang teruk.

Saya suka nak cadangkan anda mencuba Set Diabetes / Kencing Manis Shaklee ni.

Setiap satu vitamin ni mempunyai khasiat dan manfaat atau fungsi yang berbeza.Ianya dapat membantu anda mengawal tahap kencing manis anda daripada menjadi lebih teruk.

Jika anda berminat nak tahu detail mengenai Set Diabetes ni,bolehlah hubungi saya pengedar sah shaklee bintulu,di talian 019-2598492 ( Pn Zainah ).Boleh juga terus ke FB page zaizamvitarich vitashop banyak info berguna untuk anda.





Comments

Popular posts from this blog

Vivix buatkan kitaran haid kembali normal dan cyst mengecut

Wanita dan masalah haid tidak dapat dipisahkan. Wanita yang mengalamai kedatangan haid secara normal setiapa bulan adalah sangat beruntung dan dikategorikan sebagai wanita normal. Namun, ada juga wanita-wanita di luar sana yang mengalami kedatangan haid yang tidak normal atau tidak teratur. Keadaan seperti ini boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan dan juga masalah kesuburan dan peluang untuk mendapat cahayamata bagi sesetengahnya. Tahukah anda yang pengambilan suplemen vivix dapat membantu anda yang mengalami masalah kedatangan haid yang tidak teratur ni. Saya suka nak kongsikan pengalaman seorang rakan saya yang mengalami masalah haid tidak teratur yang telah mencuba vivix sebagai ikhtiar beliau. Baca artikel asal di Supermomshakleestory [ MASALAH HAID TIDAK TERATUR HILANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE ] . Assalamualaikum. Nama saya Rozila bt Ramli,berumur 32 tahun & saya adalah pengguna tegar produk Shaklee. Bermacam-macam produk Shaklee

SERIMUKA PANDAN

Serimuka Pandan Kuih talam serimuka pandan yang sedap ni resepi daripada Chef Asma.Saya panjangkan pula di sini. Saya memang pengemar kuih talam serimuka ni,anak-anak pun suka,lagi la bersemangat nak buat. Potong kecil2 senang nak makan. Resepi Talam Seri Muka Sumber: Chef Asma Dr Dapur: Damai Qalbu (Loyang 10x10x2") Bahan Lapisan Bawah: 500 gm beras pulut 250ml santan pekat (asal 300ml) 250 ml air (asal 300 ml) 1 1/2 sudu teh garam halus (asal 2 sudu besar) Cara: 1.Rendamkan pulut sekurang-kurangnya 4 jam.(pulut susu rendam 1 jam) 2.Basuh bersih dan toskan sehingga air kering. 3.Masukkan dalam loyang yang tidak berlubang dan kemudian masukkan santan pekat, air dan garam.Kacau rata dan kemudian kukus selama 30 minit. 4.Apabila pulut sudah masak, angkat dan gaul sehingga sebati. 5.Masukkan dalam loyang dan tekan padat. 6.Sapukan sedikit bancuhan lapisan atas.(adunan pandan) Bahan Lapisan Atas: Bahan A 250 gm gula kastor/

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Profesio