Skip to main content

5 mitos mengenai Diabetes yang perlu kita tahu...



Assalamualaikum dan salam ceria semua!
[saya pengedar sah shaklee bintulu,sarawak]

Kali ni saya suka nak share denga pembaca semua tentang mitos mengenai kencing manis...saya petik artikel ni daripada The Malaysian Medical gazette

Jom baca,sama2 tambah ilmu... 

5 mitos mengenai kencing manis yang perlu anda tahu.

Pada 2011, Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) melaporkan kira-kira 2.6 juta rakyat Malaysia disahkan menghidap kencing manis. Walaupun ramai rakyat kita yang menghidap kencing manis, masih ramai yang tidak memahami penyakit ini secara mendalam. 

Mitos 1 : Kencing manis adalah akibat makan banyak makanan yang manis
Fakta ini ada benar dan ada yang salah. Tidak semua pesakit kencing manis mendapat penyakit ini kerana makan makanan manis dengan banyaknya. Anda mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghidap kencing manis jika ada di kalangan keluarga anda menghidap kencing manis (seperti ibu bapa dan adik beradik). Jika anda mempunyai berat badan berlebihan – anda juga mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kencing manis. Diet yang terdiri daripada makanan berkalori tinggi dan berlemak (sama ada manis atau tidak) boleh mengakibatkan obesiti. Oleh itu, jika anda mahu mengurangkan risiko anda untuk menjadi obes – pemakanan yang berkalori tinggi hendaklah dielakkan.
Sekiranya masih mahu makan makanan manis, ambillah dalam kuantiti yang terhad dan pada masa yang sama mengamalkan senaman yang bersesuaian. 

Mitos 2: Pesakit kencing manis lebih senang menghidap jangkitan kuman
Jika anda menghidap kencing manis dan tidak mengawalnya dengan baik, anda lebih mudah mendapat penyakit berjangkit berbanding orang yang sihat. Malah, jika pesakit kencing manis dijangkiti oleh kuman, risiko kematian mereka lebih tinggi berbanding mereka yang sihat. Maka, pesakit kencing manis perlu menjaga kebersihan diri terutamanya bahagian gigi dan kaki, memeriksa bahagian tubuh untuk ulser dan menjaga kebersihan bahagian ulser untuk mengelakkan jangkitan bakteria pada bahagian yang luka.

Mitos 3: Saya gagal untuk mengawal kencing manis menyebabkan doktor saya menghukum saya untuk mengambil insulin/ubatan
Kencing manis jenis 2 (diabetes mellitus type 2) adalah akibat tisu tubuh kita menjadi kebal terhadap kesan insulin yang dihasilkan dalam badan. Maka, walaupun gula dalam darah adalah tinggi, tisu tubuh tidak mampu menggunakan gula dalam darah dengan berkesan. Ini menyebabkan kandungan gula dalam darah menjadi tinggi.
Pada peringkat awal penyakit kencing manis khususnya jenis 2, boleh diatasi dengan mengawal kalori dalam pemakanan kita dan bersenam untuk mencapai berat badan yang ideal. Namun, untuk kebanyakan pesakit kencing manis jenis 2, penyakit ini boleh menjadi lebih teruk di mana kawalan pemakanan yang baik dan senaman harian sahaja tidak memadai untuk mengawal paras gula dalam badan ke tahap yang sempurna atau selamat.
Pada peringkat ini – doktor akan menyarankan ubat kencing manis termasuklah insulin untuk mengawal kandungan gula dalam badan. Jika anda tidak mahu mengambil ubat-ubatan ini dan paras gula anda kekal di paras tinggi, anda boleh mendapat akibat buruk atau komplikasi seperti kegagalan buah pinggang, strok, serangan sakit jantung atau buta akibat katarak atau masalah retinopati diabetik. 

Mitos 4: Kencing manis bukan masalah kesihatan serius
Tahukah anda penyebab majoriti kegagalan buah pinggang sehingga bergantung pada mesin dialisis di Malaysia adalah kencing manis?
Tahukah anda jika anda menghidap kencing manis – anda berisiko tinggi menghadapi maut dari angin ahmar atau serangan penyakit jantung?
Tahukah anda bahawa kencing manis adalah penyebab paling tinggi buta dan hilang upaya akibat amputasi dalam golongan dewasa Malaysia?
Tahukah anda penghidap penyakit kencing manis berpotensi mendapat keadaan yang dinamakan ' diabetic ketoacidois ' atau ' hyperglycemic hyperosmolar syndrome ' yang boleh mengakibatkan maut?
Adakah kematian dan kehilangan upaya masalah yang bukan serius?
Jika anda bersetuju bahawa kencing manis adalah masalah kesihatan serius, jangan ambil mudah jika paras gula anda di tahap berlebihan dan bahaya. Masih ramai rakyat Malaysia yang tidak menyedari bahawa mereka menghidap penyakit kencing manis kerana pada peringkat awal, mereka tidak mengalami sebarang simptom penyakit ini. Oleh itu, anda disarankan memeriksa paras gula anda walaupun anda tidak mengalami apa-apa simptom. 





Mitos 5: Golongan tua sahaja mendapat kencing manis
Terdapat kanak-kanak seawal tujuh tahun telah didapati menghidap kencing manis. Dahulu, kanak-kanak yang menghidap penyakit kencing manis selalunya terdiri daripada kencing manis jenis 1 (diabetes mellitus type1) yang lebih disebabkan oleh faktor genetik dan autoimun. Namun, makin ramai kanak-kanak di Malaysia menghidap penyakit kencing manis jenis 2. Kebanyakan mereka mempunyai berat badan berlebihan dan mengamalkan pemakanan yang tidak sihat. Justeru itu, ibu bapa disarankan mengawal pemakanan anak-anak dari kecil lagi. Ibu bapa juga harus mencegah tabiat makan makanan segera atau snek yang tidak berkhasiat.

Kanak-kanak juga hendaklah digalakkan bersenam dari peringkat kecil supaya ia menjadi tabiat yang sihat dan diamalkan secara berterusan apabila mereka meningkat dewasa. Bawalah mereka menyertai kegiatan luar seperti bersukan dan aktiviti lasak yang sesuai dengan peringkat umur mereka. Galakkan mereka menceburi aktiviti yang aktif. Dengan cara ini, kita dapat mengelakkan gejala obesiti di kalangan kanak-kanak Malaysia dan seterusnya membendung peningkatan kes kencing manis di kalangan mereka.
14 November adalah Hari Diabetes Sedunia. Manfaatkanlah hari ini untuk menukar cara hidup anda ke arah yang lebih sihat untuk bebas dari penyakit kencing manis. 

Semoga artikel ini memberimemberi kesedaran pada kita semua mengenai diabetes.


Comments

Popular posts from this blog

Vivix buatkan kitaran haid kembali normal dan cyst mengecut

Wanita dan masalah haid tidak dapat dipisahkan. Wanita yang mengalamai kedatangan haid secara normal setiapa bulan adalah sangat beruntung dan dikategorikan sebagai wanita normal. Namun, ada juga wanita-wanita di luar sana yang mengalami kedatangan haid yang tidak normal atau tidak teratur. Keadaan seperti ini boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan dan juga masalah kesuburan dan peluang untuk mendapat cahayamata bagi sesetengahnya. Tahukah anda yang pengambilan suplemen vivix dapat membantu anda yang mengalami masalah kedatangan haid yang tidak teratur ni. Saya suka nak kongsikan pengalaman seorang rakan saya yang mengalami masalah haid tidak teratur yang telah mencuba vivix sebagai ikhtiar beliau. Baca artikel asal di Supermomshakleestory [ MASALAH HAID TIDAK TERATUR HILANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE ] . Assalamualaikum. Nama saya Rozila bt Ramli,berumur 32 tahun & saya adalah pengguna tegar produk Shaklee. Bermacam-macam produk Shaklee ...

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Prof...

Set Kencing Tak Lawas Shaklee pilihan bijak!

Kencing Tak Lawas Kencing tidak lawas atau  dikenali sebagai Inkontinens Urinari (UI- urinary incontinence). Ia adalah dianggap normal bagi sesetengah orang oleh kerana mereka beranggapan ini bukanlah merupakan suatu penyakit. Memang benar, ia bukanlah suatu penyakit, tetapi ia merupakan tanda-tanda awal kepada suatu penyakit jika dibiarkan berlanjutan dan akan terus mengganggu gugat kesihatan dan kehidupan seseorang di kemudian hari nanti. H akikatnya sesiapa saja pernah mengalami pengalaman ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup tidak kira berapa pun usia mereka. Tanda-tanda penyakit kencing tak lawas Sakit di kemaluan bila hendak buang air kecil. Kerap terasa nak kencing tapi rasa tak puas kencing Air kencing terasa panas dan berasa pedih bila keluar Tak dapat tahan kencing. Tapi bila dah kencing rasa nak kencing lagi. Kesan daripada penyakit kencing tak lawas 1. Sakit di kemaluan bila hendak buang air kecil. 2. Kerap terasa nak kencing tapi rasa tak puas ke...