Skip to main content

kenapa kita perlu ambil vitamin c setiap hari

Tahukah anda kenapa kita perlu ambil vitamin c setiap hari tanpa gagal?

Tubuh kita memerlukan vitamin C setiap hari kerana sifat vitamin C yang mudah larut dalam air menyebabkan badan tidak dapat menyimpan vitamin C. Vitamin C hanya boleh berada dalam darah manusia selama 12 jam dan dalam tempoh waktu tersebut Vitamin C 'bekerja' dengan sel-sel tubuh untuk meningkatkan tahap keimunan dan juga meningkatkan fungsi-fungsi sel di setiap bahagian tubuh yang lain. Betapa pentingnya vitamin c pada manusia dan janganlah kita sesekali mengabaikannya. 



Berdasarkan banyak kajian yang telah dilakukan, tubuh kita memerlukan 500mg vitamin C setiap hari untuk untuk mencapai tahap kesihatan yang baik.

Kepentingan vitamin c kepada kita

Antioksidan
  • Vitamin C bertindak sebagai pelindung daripada molekul berbahaya yang dipanggil radikal bebas. Tahukah anda bahawa radikal bebas ini lama-kelamaan akan merosakkan DNA dan menukarkan sel sihat kepada sel kanser. Selain itu, radikal bebas ini turut menyumbang kepada penuaan, penyakit jantung dan artritis.


Demam dan asma

  • Pengambilan Vitamin C pada hari kita jatuh selesema tidak akan merawatnya dengan kadar serta merta, namun jika diambil secara konsisten, ia mampu mengurangkan frekuensi, tempoh masa dan demam kita lebih mild jika dibandingkan dengan tidak mengambil vitamin C. Menurut kajian, ia turut mengurangkan risiko untuk sakit yang lebih kronik seperti asma, pneumonia dan jangkitan paru-paru.



Membentuk kolagen

  • Tahukah anda juga, tanpa vitamin C, kolagen tak dapat dihasilkan. Kolagen adalah sejenis protein di antara beribu protein dalam tubuh kita. Ianya amat penting dan juga yang paling banyak diperlukan dalam pembentukan kulit, jantung, salur darah, tulang, gigi, gusi, mata, dengan kata lain, seluruh badan kita memerlukan kolagen. Untuk memastikan kesemua sel dan organ kita berfungsi secara optimum, sistem tubuh kita akan membuang dan mengganti sel rosak dengan sel baru. Sebab itulah penting untuk kita menghasilkan kolagen yang cukup, dan semestinya dengan pengambilan vitamin C secara berterusan ianya banyak membantu.
Meningkatkan imuniti

  • Vitamin C diperlukan untuk meningkatkan penghasilan sel darah putih iaitu barisan pertahanan yang akan bertindak melawan virus-virus yang menyerang badan kita. Ketika jatuh sakit, sel darah putih dalam badan akan berkurang, sebab itu disarankan untuk menambah dos vitamin C untuk menaikkan kembali sel darah putih dan sistem immuniti kita akan lebih kuat dan efisen.
Baik untuk kulit

  • Vitamin C dengan sifat antioksidan, melindungi kulit kita daripada radikal bebas dan sinaran UV yang boleh merosakkan kulit. Selain membantu mengurangkan kedutan dan menganjalkan kulit, vitamin C juga turut merawat luka supaya cepat sembuh. Dan kesemua efek ini lebih mantap jika vitamin C dan E diambil bersama. Apalagi tunggu dapatkan vitamin c sekarang juga...oppsss pastikan SR vita C plus baru beli.



Kurus

  • Mengikut kajian yang dibuat oleh sekumpulan penyelidik daripada Arizona State University, vitamin C diperlukan untuk membantu memecahkan lemak yang tersimpan dan menukarnya kepada tenaga. Jika kita kurang mengambil vitamin c, mungkin ini dapat menjelaskan mengapa kita masih tak kurus sedangkan dah banyak bersenam dan berdiet ? Sila ambil vitamin c secara mencukupi ok...barulah boleh slim melim.


Vitamin tambahan untuk pesakit kencing manis

  • Berdasarkan kajian yang disediakan oleh National Center for Complementary and Integrative Health (NCCIH), Pengambilan insulin bersama-sama vitamin C akan meningkatkan sensitiviti terhadap insulin dan meningkatkan fungsi saluran darah, seterusnya mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit yang lebih kronik akibat diabetes. tahu tak yang diabetes ni ibarat pisau-pisau kecil yang menghiris salur darah tanpa kita sedari...sedar tak sedar bila dah rasa kebas-kebas, dan saat itu mungkin dah terlambat...kaki dah nak kena potong sebab luka makin menganas!


Tahukah anda?

Sustained Release Vita-C adalah 100% semulajadi, halal, selamat dan berkesan kerana semua produk shaklee menjalani ujian-ujian klinikal (ujian ke atas manusia) sebelum dipasarkan. Jika diambil 2 kali sehari (2 biji sehari), Sustained Release Vita-C dapat mengekalkan paras Vitamin C plasma selama lebih 24 jam. Selain itu, Sustained Release Vita-C merupakan vita-C semulajadi pertama didunia yang bertindak secara "Sustained Release". Iaitu pelepasan vitaminc secara perlahan-lahan dan berterusan setiap 5 jam dalam tempoh 24 jam. Di mana setiap 5 jam sebanyak 100mg daripada 1 bij tablet (mengandungi 500mg Vitamin C) yang bersamaan 7 1/2 biji oren dilepaskan ke dalam badan.


Promosi ini sah pada APRIL 2016 sahaja

Untuk order, Whatsapp ke 019-259 8492

Saya juga sedia memberi khidmat konsultasi sejak awal sehingga anda benar2 sihat atau memerlukan.

 ZAINAH MUKHTAR 
 SHAKLEE ID: 1137968 





Comments

Popular posts from this blog

Vivix buatkan kitaran haid kembali normal dan cyst mengecut

Wanita dan masalah haid tidak dapat dipisahkan. Wanita yang mengalamai kedatangan haid secara normal setiapa bulan adalah sangat beruntung dan dikategorikan sebagai wanita normal. Namun, ada juga wanita-wanita di luar sana yang mengalami kedatangan haid yang tidak normal atau tidak teratur. Keadaan seperti ini boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan dan juga masalah kesuburan dan peluang untuk mendapat cahayamata bagi sesetengahnya. Tahukah anda yang pengambilan suplemen vivix dapat membantu anda yang mengalami masalah kedatangan haid yang tidak teratur ni. Saya suka nak kongsikan pengalaman seorang rakan saya yang mengalami masalah haid tidak teratur yang telah mencuba vivix sebagai ikhtiar beliau. Baca artikel asal di Supermomshakleestory [ MASALAH HAID TIDAK TERATUR HILANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE ] . Assalamualaikum. Nama saya Rozila bt Ramli,berumur 32 tahun & saya adalah pengguna tegar produk Shaklee. Bermacam-macam produk Shaklee ...

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Prof...

Set Kencing Tak Lawas Shaklee pilihan bijak!

Kencing Tak Lawas Kencing tidak lawas atau  dikenali sebagai Inkontinens Urinari (UI- urinary incontinence). Ia adalah dianggap normal bagi sesetengah orang oleh kerana mereka beranggapan ini bukanlah merupakan suatu penyakit. Memang benar, ia bukanlah suatu penyakit, tetapi ia merupakan tanda-tanda awal kepada suatu penyakit jika dibiarkan berlanjutan dan akan terus mengganggu gugat kesihatan dan kehidupan seseorang di kemudian hari nanti. H akikatnya sesiapa saja pernah mengalami pengalaman ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup tidak kira berapa pun usia mereka. Tanda-tanda penyakit kencing tak lawas Sakit di kemaluan bila hendak buang air kecil. Kerap terasa nak kencing tapi rasa tak puas kencing Air kencing terasa panas dan berasa pedih bila keluar Tak dapat tahan kencing. Tapi bila dah kencing rasa nak kencing lagi. Kesan daripada penyakit kencing tak lawas 1. Sakit di kemaluan bila hendak buang air kecil. 2. Kerap terasa nak kencing tapi rasa tak puas ke...