Skip to main content

6 tips menarik anak mendengar kata di zaman siber



Mengatakan tidak atau menghalang anak daripada melakukan sesuatu bukanlah satu tugas mudah bagi ibu bapa di zaman siber ini. Berlainan dengan kanak-kanak zaman lalu yang tidak sukar untuk dikawal,kini tidak lagi. kanak-kanak zaman gajet terutamanya suka menyoal itu dan ini dan sukar sekali menerima teguran kerana bagi mereka ia tidak munasabah.



Apakah kaedah terbaik dalam mendidik anak-anak zaman siber atau gajet agar lebih mudah mendengar kata dan menerima teguran. Jom baca!

1 GUNA PENDEKATAN PSIKOLOGI
Kanak-kanak zaman sekarang bukan lagi hanya mendengar dan mengiakan setiap kata-kata ibu bapa. Jika kaedah berterus-terang atau teguran secara langsung tidak dapat dilaksanakan dalam mendidik anak-anak, maka ibu bapa harus menggunakan pendekatan psikologi.

Sebagai contoh, jika si anak menyepahkan makanan di meja, anda jangan secara membuta-tuli memarahi atau menengkingnya. Sebaliknya, cuba anda bagi dia pilihan sama ada untuk habiskan makanan itu di pinggan atau makan sahaja makan tertumpah di meja. Biarkan mereka berfikir sejenak dan mungkin kaedah ini lebih berkesan daripada menengking mereka.

2 PENUHKAN ILMU DI DADA
Sebelum bergelar ibu dan bapa, sebaiknya anda mempersiapkan diri dengan ilmu keibubapaan. Tugas ibu dan bapa pada masa kini amatlah mencabar dan tidak boleh diperkecilkan. Didikan yang tepat sesungguhnya memberi pengaruh yang besar terhadap perkembangan kanak-kanak.

3 MENGHORMATI KEPERLUAN DAN KEHENDAK
Menghormati keperluan dan kehendak serta perasaan anak adalah satu tanggungjawab ibu bapa. Namun, anda wajib membezakan antara keperluan dan kehendak. Keperluan mesti dipenuhi, namun kehendak tiada batasnya kerana 'kehendak' lebih berasaskan hawa nafsu. Kehendak dan karenah perlu diubahsuai supaya boleh menjadi bimbingan kepada anak-anak.

4 MENERIMA ANAK SEADANYA

Seharusnya, ibu bapa menerima anak-anak seadanya tanpa syarat, kebolehan dan kekurangannya. Selain itu, ibu bapa juga mesti belajar menerima dan mengiktiraf perasaan dan pandangan anak walupun ia bercanggah dengan pandangan mereka. Jika tersasar, barulah ibu dan bapa tunjukkan jalan yang benar kepada mereka.

5 JADI KAWAN BAIK ANAK
Kebiasaaanya, si anak lebih mudah percaya kepada kata-kata rakan sebaya daripada ibu bapa sendiri. (Ini fakta, saya sendiri akui..huhuuu). Bagi meraka kawan adalah segalanya, Oleh itu cubalah anda menjadi rakan baik anak-anak. Cuba layani mereka seperti kawan baik, umpamanya melakukan hobi dan menghabiskan waktu bersama. Kalau boleh sentiasa libatkan anak-anak dalam setiap aktiviti bagi menarik perhatian mereka.

Melibatkan anak-anak dalam aktiviti keluarga

6 MEMAHAMI PERKEMBANGAN ANAK
Mendidik anak sememangnya memerlukan kesabaran dan kadangkala anak kerap kali melakukan perkara-perkara yang kita tidak gemar. Oleh itu, cuba fahami perkembangan emosi anak. Anak-anak menunjukkan pelbagai ragam yang sebahagiannya menggugat kesabaran. Emosi negatif anak mesti ditanggani dan dibelai dengan ilmu.

Usaha berterusan perlu untuk menjauhkan mereka daripada terus terbawa-bawa tingkah laku demikian hingga besar dan mempengaruhi sikap mereka kelak. Kepincangan dalam perkembangan kanak-kanak secara keseluruhan,terutamanya dari segi mental.

Jadi sama-samalah kita berusaha untuk menjadi ibu bapa terbaik buat anak-anak kita dan semoga anak-anak kita menjadi insan yang berakhlak mulia yang membahagiakan kita di dunia dan akhirat.


Comments

  1. Tips yang sangat berguna dan patut dipraktikkan oleh semua ibu bapa. Thanks for sharing

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sijil Halal Shaklee 2017

Nak makan atau nak guna sesuatu produk selalunya kita akan tanya ada sijil halal tak? Keselamatan dan keberkesanan produk dah jadi no 2 atau 3.  Betapa sangat dipentingkan kehalalan sesuatu produk. Sama jugak la vitamin shaklee ni pun kerap sangat orang tanya ada halal ke tidak, sebab ianya produk dari luarnegara. Ini kak zai kongsikan sijil halal shaklee yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sendiri. Sijil halal ni akan diperbaharui setiap tahun. Jadi usah ragu-ragu untuk guna pakai produk keluaran shaklee ya semua. Untuk lebih yakin boleh ke web HALAL MALAYSIA ni ya. Baca sendiri dan bertanya pada pihak yang sepatutnya bukan percaya pada cakap-cakap orang yang memgatakan produk shaklee ni takde halal dari Malaysia sebab ianya produk luarnegara bagai ya. Bukan hanya ada sijil halal yang patut dititikberatkan, keselamatan,keberkesanan dan jaminan dari syarikat juga wajar dititikberatkan sebelum menggunakan sesuatu produk. Dapatkan juga maklumat mengenai kajian dan ujian klinikal terhad...

Benarkah Shaklee ni bisnes MLM yang menipu???

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Kali ni nak share satu video mengenai MLM Shaklee dengan anda semua. Tapi sebelum tu nak juga bagitahu yang saya juga pernah terjebak dengan beberapa syarikat MLM yang lain. Saya pernah mendaftar sebagai ahli untuk beberapa buah syarikat lain. Syarikat apa? Biarlah rahsia...hihii. Tapi setakat ahli sahaja sebab selepas mendaftar ahli, saya akan di bawa ke syarikat mereka untuk dibagitahu "step" seterusnya untuk cepat naik pangkat. Wah time ni seronok tau sebab katanya cepat dapat naik pangkat dan income sangat lebat. Tapi tapi tapi bila dah tahu "step" yang seterusnya tu, saya terkedu. Mana tak, saya disuruh buat pinjaman dengan bank dengan sekian sekian amaun untuk beli pangkat iaitu beli stok banyak-banyak. Ya ampunnnn, saya mana boleh buat pinjaman bank sebab saya surirumah je. Kata mereka suruh jer suami yang buat...aduhhhh. Memang tak la suami nak terlibat. So harapan nak cari income lebih habis kat situ j...

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Prof...