Skip to main content

7 tips hilangkan perut buncit sebelum raya 2015!!

Adoii..seluar tak boleh kancing..perut dah buncit!
Ramai yang mengeluh bila perut dah maju ke depan. Ramai diantara kita mempunyai bentuk tubuh yang kurus, namun hakikatnya hanya kita sahaja yang tahu bentuk tubuh 'sebenar' kita...ya kann..dalam baju orang tak nampak perut kita buncit..hahahaa..orang kurus la bukan yang chubby ya..hihii

pic kredit to Mr Google....jeles tengok body che Ta nih,terutama tang perut tu...huuhuu


Setiap kali tibanya hari raya kebanyakan atau hampir semua daripada kita yang nak bergaya dengan pakaian yang cantik-cantik dan bergaya. Namun sayangnya perut buncit mencacatkan penampilan..adoiiii.Siapa yang tak nak nampak cantik bergaya ala-ala Rozita Che Wan ya tak???...tipu la kalau kata tak...hihiiii...jauh di sudut hati paling tidak nak juga nampak cantik untuk anak-anak dan suamikan. Ibaratnya raya tak bermakna kerana perut buncit,asyik tahan nafas je..atau paling tidak pakai je jubah,dapat la sembunyikan kebuncitan tu...kann???

Tahu tak bahawa kita boleh hilangkan atau kurangkan  perut buncit tu sebelum raya yang akan datang ni?? Berikut saya kongsikan beberapa tips yang boleh kita amalkan untuk mengurangkan perut buncit.

Tips 1 : Makan perlahan-lahan

Jangan makan gelojoh, kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut.Duduk ketika makan dan kunyah makanan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan.Moralnya jangan makan secara tergesa-gesa atau gelojoh okey!

Tips 2 : Minum banyak air


Minum 8 gelas air kosong sehari
Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum lebih banyak air. Keadaan ini akan mencairkan konsentrasi sodium atau garam dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang dikeluarkan dari sistem tubuh. minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin. jangan kurangkan pengambilan air ketika berdiet kerana banyak bahan yang sukar dicernakan dan akan menyebabkan perut menggelembung. Ketika berdiet atau bersukan anda boleh mengambil minuman tenaga seperti Performance Drink Shaklee .

Tips 3 : Kurangkan pengambilan garam

Kurangkan makanan yang tinggi kandungan garam macam makanan fast food
Tahu tak bahawa pengambilan terlalu banyak garam dalam diet menambah lebih sodium terhadap cairan tubuh yang akan melambatkan mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung atau buncit.

Tips 4 : Pengambilan serat

Tingkatkan pengambilan buah-buahan yang tinggi kandungan air seperti epal
Tahu tak bahwa serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang tinggi kandungan air.

Tips 5 : Hindari sembelit

Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayur-sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindarkan fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan dalam perut. Anda juga boleh cuba HerbLax Shaklee atau Alfalfa Complex Shaklee untuk mengatasi masalah sembelit anda.

Tips 6 : Awasi Ubat-ubatan

Hidup sihat tanpa ubat

Sedar atau tidak, perut yang mengembang adalah juga kesan sampingan dari pengambilan ubat-ubatan. Contohnya aspirin yang kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan atau buncit. Kalau dapat cuba hindari ubat-ubatan jika tidak mempunyai penyakit serius.

Tips 7 : Bersenam

Percayalah bahawa olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk ke aliran darah yang mana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai urin. Senaman yang disarankan adalah seperti aerobik,tetapi anda boleh saja membuat senaman mengikut kesesuai anda sendiri. Tiada masa hendak ke gym atau berjogging atau perlatan bersenam bukan alasan sebab anda boleh melakukan beberapa jenis senaman ringan di rumah saja. Contoh senaman yang boleh dibuat di rumah adalah seperti gambar di bawah...saya google je gambar ni tuk korang semua. Jom bersenam!

Sambil baring pun boleh kempiskan perut buncit!

Tak payah ada basikal, sambil baring jer!

kalau takde benda alah ni,boleh guna botol air mineral jer...kreatif sikit!
Jadi saya harap perkongsian saya ini dapat memberi manfaat pada yang membaca dan sedang mengalami masalah perut buncit yang nak hilangkan kebuncitan itu. (Sumber rujukan saya:Majalah Nur Ogos 2011)

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Bintulu, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Bintulu, Sarawak.

Jimat 15%-20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee.

Puan Zainah Mukhtar
No ID : 1137968
Sms / WhatsApp: 019-2598492
FB Page:  Zaizamrich Vitashop  
Pengedar Sah Shaklee di Bintulu, Sarawak.
COD Bintulu, Niah & Bekenu
POSLAJU seluruh MALAYSIA

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.


Comments

  1. Yeah i'm kinda agreed with you . .. Nice post .. Thanks for sharing

    http://syamsiddhuha.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Vivix buatkan kitaran haid kembali normal dan cyst mengecut

Wanita dan masalah haid tidak dapat dipisahkan. Wanita yang mengalamai kedatangan haid secara normal setiapa bulan adalah sangat beruntung dan dikategorikan sebagai wanita normal. Namun, ada juga wanita-wanita di luar sana yang mengalami kedatangan haid yang tidak normal atau tidak teratur. Keadaan seperti ini boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan dan juga masalah kesuburan dan peluang untuk mendapat cahayamata bagi sesetengahnya. Tahukah anda yang pengambilan suplemen vivix dapat membantu anda yang mengalami masalah kedatangan haid yang tidak teratur ni. Saya suka nak kongsikan pengalaman seorang rakan saya yang mengalami masalah haid tidak teratur yang telah mencuba vivix sebagai ikhtiar beliau. Baca artikel asal di Supermomshakleestory [ MASALAH HAID TIDAK TERATUR HILANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE ] . Assalamualaikum. Nama saya Rozila bt Ramli,berumur 32 tahun & saya adalah pengguna tegar produk Shaklee. Bermacam-macam produk Shaklee

SERIMUKA PANDAN

Serimuka Pandan Kuih talam serimuka pandan yang sedap ni resepi daripada Chef Asma.Saya panjangkan pula di sini. Saya memang pengemar kuih talam serimuka ni,anak-anak pun suka,lagi la bersemangat nak buat. Potong kecil2 senang nak makan. Resepi Talam Seri Muka Sumber: Chef Asma Dr Dapur: Damai Qalbu (Loyang 10x10x2") Bahan Lapisan Bawah: 500 gm beras pulut 250ml santan pekat (asal 300ml) 250 ml air (asal 300 ml) 1 1/2 sudu teh garam halus (asal 2 sudu besar) Cara: 1.Rendamkan pulut sekurang-kurangnya 4 jam.(pulut susu rendam 1 jam) 2.Basuh bersih dan toskan sehingga air kering. 3.Masukkan dalam loyang yang tidak berlubang dan kemudian masukkan santan pekat, air dan garam.Kacau rata dan kemudian kukus selama 30 minit. 4.Apabila pulut sudah masak, angkat dan gaul sehingga sebati. 5.Masukkan dalam loyang dan tekan padat. 6.Sapukan sedikit bancuhan lapisan atas.(adunan pandan) Bahan Lapisan Atas: Bahan A 250 gm gula kastor/

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Profesio