Jika dah berjaya menurunkan berat badan ke berat yang ideal, ianya merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan. Namun,untuk mengekalkannya juga adalah satu perkara yang amat sukar. Jika tidak pandai mengawal nafsu makan dan tidak tahu cara adalah sukar untuk terus kekal langsing. Sekejap je dah kembali ke berat sebelum langsing...huhuu
Berikut 10 tips untuk kekal langsing bagi anda yang dah kembali langsing menawan.
Tips 1 Jangan makan sampai kenyang
Makanlah dengan porsi yang kecil iaitu lima sampai enam kali dibandingkan dengan anda makan hingga kenyang sekaligus. Makan kenyang boleh menyebabkan kalori yang tersisa akan mendap di dalam tubuh anda menjadi lemak.
Tips 2 Buatlah rencana program diet yang sesuai dengan kemampuan
Janganlah membuat target yang keterlaluan dan tentukan target berat badan ideal yang diinginkan. Berat badan yang turun satu kilo seminggu merupakan satu prestasi terbaik buat anda. Bak kata biar lambat asal selamat...jangan seksa diri dengan target di luar kemampuan...hihiii
Tips 3 Janganlah makan saat hendak tidur kerana tubuh mengumpul banyak lemak pada ketika ini
Adalah dinasihatkan makan sebelum tidur bagi membolehkan kalori yang terbentuk akan dibakar menjadi tenaga dalam badan anda. Ada beza tau makan saat hendak tidur dengan sebelum tidur.
Tips 4 Janganlah cemas untuk mengira betapa besarnya kalori setiap kali anda makan
Biarkan tubuh anda yang memutuskan bila dan berapa banyak kalori tersebut akan dibakar.
Tips 5 Jika anda merasa lapar dan inginkan sesuatu untuk dimakan,tunggulah 5 minit
Bila anda menangguhkan keinginan untuk makan saat itu, anda dapat mengurangkan jumlah makanan yang akan diambil nanti. Setelah menangguhkan selama 5 minit atau setelah anda benar-enar lapar,barulah jamah makanan tersebut.
Tips 6 Sewaktu anda makan besar dalam posisi duduk pastikan jangan terus ditelan
Tunggu dan rehat seketika dan kunyahlah makanan tersebut secara perlahan-lahan. Pastikan anda memberi tumpuan pada apa yang makan. Dengan cara ini, anda mungkin akan mendengar apa yang dikatakan tubuh anda kepada anda.
Tips 7 Selesai makan, jangan biarkan anda terus duduk di tempat tersebut
Ia merupakan salah satu risiko tinggi bagi anda untuk menghabiskan makanan yang tersisa.Jadi bila dah habis makan,cepat-cepat beredar.
Tips 8 Gunakan pemanis selain gula atau kurangkan pengambilan gula
Dengan pengganti pemanis ini anda dapat mengurangkan berat badan 7 kilogram dalam setahun. Jadi paling tidak,kurangkan gula dalam makanan dan minuman anda.
Tips 9 Jangan melihat terlalu lama terhadap makanan yang lazat
Ada bukti menunjukkan ahawa anda dapat gemuk denganhanya melihat makanan yang lazat. Ketika anda melihat, mencium bau yang lazat, tubuh anda mulai mempersiapkan proses pencernaannya dan anda akan cepat merasa lapar...hormon bertindakbalas di situ...hihiii
Tips 10 Jangan timbang berat badan anda setiap hari
Satu kali seminggu untuk menimbang berat badan sudah memadai. Anda akan merasa lebih gemuk atau depresi bila anda mengukur berat badan anda terlalu kerap...ada orang bila depresi dia akan lebih makan. Inilah risiko besarnya...jangan timbang berat selalu ok.
Jadi dengan sedikit tips yang saya rujuk daripada Majalah Harmoni ini, saya harap ianya akan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Jika anda memerlukan sebarang SUPLEMEN untuk kekal langsing, anda boleh juga menghubungi saya ya.
Good LUCK!!
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi
tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang
betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar
Bintulu, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Bintulu,
Sarawak.
Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar
sebagai ahli/pengedar sah Shaklee.
Puan Zainah Mukhtar
No ID : 1137968
Sms / WhatsApp: 019-2598492
FB: zainah mukhtar
FB Page: zaizamrich
vitashop
Pengedar Sah Shaklee di
Bintulu, Sarawak.
COD Bintulu, Niah &
Bekenu
POSLAJU seluruh MALAYSIA
DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan
untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.
Comments
Post a Comment