Skip to main content

Posts

Denggi mengganas...hapuskan aedes!

Nyamuk Aedes Sehingga hari tiada ubat-ubatan khusus untuk merawat demam denggi ini. Ada juga petua makan sup ketam,minum air 100 plus,air daun betik dan sebagainya. Tetapi belum terbukti secara saintifik atau diperakui. Rawatan yang diberi di hospital pula hanya dengan masukkan air bagi mengelakkan badan dari dehidrasi. Oleh itu, penting untuk kita mencegah dan melindungi diri dan keluarga dari nyamuk Aedes yang boleh membawa DENGGI! Bahaya ke demam denggi ni ? Sangat bahaya ! Boleh bawa maut tak bahaya ker??? Dilaporkan kes demam denggi meningkat dan terus meningkat. Pada minggu ketujuh 2015 sahaja, sejumlah 2,759 kes demam denggi dilaporkan. Jumlah kumulatif kes demam denggi dari Januari hingga 21 Februari 2015adalah sebanyak 21,310 kes, berbanding hanya 13,915 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama tahun lepas. Terdapat beberapa jenis demam denggi tetapi denggi berdarah adalah yang paling berbahaya kerana ianya boleh membawa maut. Punca utama penyakit ini adalah apabila n...

Resepi Karipap sedap kini dibongkar!

Assalamualaikum semua. Kali ni nak share resepi karipap yang sedap dan senang sangat nak buatnya.bahan-bahan pun sangat sikit dan ada di setiap rumah setiap masa. Saya siap buat jual lagi tau.Memang terbaik resepi  ni bagi saya.Anda semua patut cuba dan rasai sendiri. Tempahan 350 biji karipap inti kentang Rupa karipap saya buat ni tak cantik dan tak kemas sangat.Pertama kali cuba klim dengan tangan.Karipap yang saya jual saya pakai mesin dan acuan,lebih cepat dan mudah.tapi masa mengoreng ianya terbuka la pulak...huhuu.Tapi bukan semua terbuka la,ada la 10 biji daripada 400 biji yang saya goreng tu.Resepi ini saya ambil daripada blog kak Azlita Masam Manis blogger tersohor dalam bidang masakan. Izinkan saya share di sini pula ya.Baiklah kita tengok resepinya ya. Resepi Pastry Karipap Resepi Olahan : Amy Sumber:Blog Azlita Masam Manis Dicuba oleh: Zainah Bahan-bahan: 500 gm tepung gandum 170 ml minyak jagung (saya guna minyak masak biasa...