Skip to main content

Pentingnya vitamin kepada ibu hamil



Ketika saat seseorang wanita itu telah disahkan mengandung oleh doktor di klinik, maka banyaklah bekalan pil vitamin yang diberikan. Ada ibu hamil yang keliru kenapa ada bermacam pil vitamin yang perlu dimakan. Apa akan jadi sekiranya ia tidak dimakan?



Sebenarnya memang ramai ibu hamil yang agak keliru tentang hal ini. Ia belum lagi dibuat perbandingan antara seorang ibu hamil dengan ibu hamil yang lain. Tentu ada banyak beza pil vitamin yang mereka makan sekiranya berjumpa doktor di klinik yang berbeza.

Sebenarnya suplemen vitamin untuk ibu hamil yang dipanggil Prenatal Vitamin dalam bahasa perubatan, berbeza dengan suplemen vitamin biasa. Ini kerana dosnya berbeza.

Ini antara sebab pentingnya ibu hamil mengambil Prenatal Vitamin sepanjang kehamilan.

1. Mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil.

2. Kelahiran bayi pramatang.

3. Kekurangan berat ketika bayi dilahirkan.

4. Beri kekuatan kepada ibu hamil.

5. Membantu ibu hamil mengekalkan kesihatan yang baik sepanjang mengandung.

6. Mengurangkan risiko kekurangan khasiat makana terutama bagi wanita yang mengalami loya, muntah dan tiada selera makan di awal kehamilan.

Antara suplemen penting yang mesti dimakan oleh ibu hamil ialah

 Zat besi (iron)

Penting untuk pembentukan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan. Ia mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang. DOs yang dicadangkan untuk wanita hamil ialah 27 mg.

Kalsium

Kalsium penting bagi pembentukan tulang dan gigi. Bekalan kalsium dalam Prenatal Vitamin mempunyai kadar yang lebih tinggi berbanding dengan bekalan kalsium dalam multivitamin yang biasa. Dos yang diperlukan ialah 1,000 miligrams (mg) setiap hari.

 Asid folik

Asid folik penting bagi perkembangan fizikal dan saraf bayi dalam rahim di awal kehamilan. Ia mesti diambil sebaik persenyawaan berlaku antara ovum dan sperma untuk menghalang kecacatan neural tube dan membantu pembentukan saraf dan sel-sel lain. Dos yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah 1000 micrograms (mcg) sehari.

Omega-3

Diperlukan untuk perkembangan otak, membantuk sistem saraf dan menjamin penglihatan yang baik. Dos yang dicadangkan ialah 200 - 300 mg sehari.

Bagaimanapun pengambilan Prenatal Vitamin bukan bermakna bayi dalam kandungan langsung tidak boleh mengalami sebarang masalah kesihatan atau kecacatan. Kita hanya mencegah, Allah jua yang menentukan. Usaha dan dia agar kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan baik-baik sahaja sehingga saat melahirkan.


Dalam masa yang sama, wanita hamil mesti juga mengamalkan pemakanan yang sihat untuk mendapat bekalan khasiat yang secukupnya. Ini kerana sepanjang hami, bakal ibu perlu berkongsi nutrisi dengan bayi dalam rahim dan sangat memerlukan vitamin dan mineral tambahan. Sumber info: drzubaidi.com

Wanita hamil juga harus mengambil tahu akan kebaikan vitamin semulajadi dan yang sintetik. Jika mahukan vitamin semulajadi saya sangat syorkan pilihlah vitamin Shaklee.

Nasihat daripada Doktor Pakar Sakit Puan

Set Hamil Shaklee


Set Hamil Shaklee lengkap dengan keperluan untuk wanita hamil dan juga untuk bayi dalam kandungan. Telah ramai yang amalkan Set hamil Shaklee ini, mereka sangat berpuashati dan mereka juga telah meminta nasihat dengan doctor sebelum mengamalkannya.

Jika anda perlukan sebarang konsultasi berkenaan produk Shaklee / menjana pendapatan dengan Shaklee/ menjadi ahli Shaklee / bekerja dari rumah, anda boleh hubungi saya 

Puan Zainah Mukhtar
 No ID : 1137968
 Sms / WhatsApp: 019-2598492
FB: zainah mukhtar
FB Page: zaizamrich vitashop
Pengedar Sah Shaklee di Bintulu, Sarawak.
COD Bintulu, Niah & Bekenu

Comments

Popular posts from this blog

Sijil Halal Shaklee 2017

Nak makan atau nak guna sesuatu produk selalunya kita akan tanya ada sijil halal tak? Keselamatan dan keberkesanan produk dah jadi no 2 atau 3.  Betapa sangat dipentingkan kehalalan sesuatu produk. Sama jugak la vitamin shaklee ni pun kerap sangat orang tanya ada halal ke tidak, sebab ianya produk dari luarnegara. Ini kak zai kongsikan sijil halal shaklee yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sendiri. Sijil halal ni akan diperbaharui setiap tahun. Jadi usah ragu-ragu untuk guna pakai produk keluaran shaklee ya semua. Untuk lebih yakin boleh ke web HALAL MALAYSIA ni ya. Baca sendiri dan bertanya pada pihak yang sepatutnya bukan percaya pada cakap-cakap orang yang memgatakan produk shaklee ni takde halal dari Malaysia sebab ianya produk luarnegara bagai ya. Bukan hanya ada sijil halal yang patut dititikberatkan, keselamatan,keberkesanan dan jaminan dari syarikat juga wajar dititikberatkan sebelum menggunakan sesuatu produk. Dapatkan juga maklumat mengenai kajian dan ujian klinikal terhad...

Benarkah Shaklee ni bisnes MLM yang menipu???

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Kali ni nak share satu video mengenai MLM Shaklee dengan anda semua. Tapi sebelum tu nak juga bagitahu yang saya juga pernah terjebak dengan beberapa syarikat MLM yang lain. Saya pernah mendaftar sebagai ahli untuk beberapa buah syarikat lain. Syarikat apa? Biarlah rahsia...hihii. Tapi setakat ahli sahaja sebab selepas mendaftar ahli, saya akan di bawa ke syarikat mereka untuk dibagitahu "step" seterusnya untuk cepat naik pangkat. Wah time ni seronok tau sebab katanya cepat dapat naik pangkat dan income sangat lebat. Tapi tapi tapi bila dah tahu "step" yang seterusnya tu, saya terkedu. Mana tak, saya disuruh buat pinjaman dengan bank dengan sekian sekian amaun untuk beli pangkat iaitu beli stok banyak-banyak. Ya ampunnnn, saya mana boleh buat pinjaman bank sebab saya surirumah je. Kata mereka suruh jer suami yang buat...aduhhhh. Memang tak la suami nak terlibat. So harapan nak cari income lebih habis kat situ j...

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Prof...