Skip to main content

Kolestrol tinggi penyebab kepada serangan jantung

Apa itu KOLESTROL?

Kolestrol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan kesemua sel-sel badan. Ia merupakan komponen tubuh yang penting untuk pembentukan sel membrane, hormone, hempedu dan tisu-tisu lain dalam badan.

Dua sumber utama Kolestrol

Kolestrol dihasilkan secara semulajadi oleh hati anda tetapi ia juga boleh diperolehi dari makanan harian anda. Kolestrol yang anda makan akan meningkatkan paras kolestrol darah anda. Kandungan kolestrol darah yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan angina ahmar.



Bagaimana Kolestrol boleh Menyebabkan Penyakit Jantung?

Terdapat dua jenis kolestrol utama dalam darah anda:

·       LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah)
·       HDL ( Lipoprotein ketmpatan tinggi)

LDL dikenali sebagai kolestrol “jahat” kerana paras kolestrol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam saluran darah anda. Plak ini akan menyumbatkan saluran darah dan menyekat aliran darah, seperti yang berlaku semasa serangan jantung atau angina ahmar.

Sebaliknya, kolestrol HDL dikenali sebagai kolestrol “baik” kerana ia membantu mengangkut kolestrol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan. Dalam erti kata lain, HDL berperanan “membersihkan” saluran darah.

Oleh yang demikian, untuk melindungi diri daripada penyakit kardiovaskular, anda hendaklah mengekalkan paras kolestrol HDL yang tinggi dan paras kolestrol LDL yang rendah.



AWAS! Penyakit-penyakit utama akibat kolestrol tinggi.

Jika anda mempunyai tinggi kolestrol:

  •           Risiko serangan jantung meningkat sebanyak 15.6%.*
  •           Risiko angin ahmar meningkat sebanyak 11%.*
  •     Risiko yang lebih tinggi untuk tekanan darah tinggi, penyakit hati seperti hati berlemak, dan masalah ketidakseimbangan hormon yang akan menjejaskan fungsi seksual.


Apakah Penyebab Utama Tinggi Kolestrol?

Makanan Malaysia yang tinggi lemak serta kalori, adalah diantara punca terjadinya masalah tinggi kolestrol. Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan pengambilan kolestrol tidak melebihi 300mg sehari; bagi mereka yang mengidap penyakit jantung hendaklah menghadkan pengambilan kolestrol kurang daripada 200mg sehari.*

Walaupun begitu, cuba bayangkan anda sedang mengambil menu harian Malaysia seperti di bawah:

  • ·       Sarapan (2 keping roti canai) bersamaan 350mg kolestrol
  • ·       Makan Tengah Hari (Nasi lemak) bersamaan 213mg kolestrol
  • ·       Makan malam (Char Kway Teow) bersamaan 235mg kolestrol


Anda pasti tidak menyangka bahawa anda telah mengambil sebanyak 798mg kolestrol! Itu adalah hamper 3 kali ganda lebih dari pengambilan harian yang disyorkan!



Jadi macam mana nak atasi masalah kolestrol ni? Nantikan entry seterusnya daripada saya. Check it out!

Rujukan:
*Centre for Disease Control and Prevention: http://www.haytersfarm.com/2014/02/27/heart-facts/


Jika anda perlukan sebarang konsultasi berkenaan produk Shaklee / menjana pendapatan dengan Shaklee/ menjadi ahli Shaklee / bekerja dari rumah, anda boleh hubungi saya 

Puan Zainah Mukhtar
 No ID : 1137968 
Sms / WhatsApp: 019-2598492
FB Page: zaizamrich vitashop
Pengedar Sah Shaklee di Bintulu, Sarawak.
COD Bintulu, Niah & Bekenu


Saya adalah Pengedar aktif Shaklee Bintulu, Sarawak.


Comments

Popular posts from this blog

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Prof...

Vivix buatkan kitaran haid kembali normal dan cyst mengecut

Wanita dan masalah haid tidak dapat dipisahkan. Wanita yang mengalamai kedatangan haid secara normal setiapa bulan adalah sangat beruntung dan dikategorikan sebagai wanita normal. Namun, ada juga wanita-wanita di luar sana yang mengalami kedatangan haid yang tidak normal atau tidak teratur. Keadaan seperti ini boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan dan juga masalah kesuburan dan peluang untuk mendapat cahayamata bagi sesetengahnya. Tahukah anda yang pengambilan suplemen vivix dapat membantu anda yang mengalami masalah kedatangan haid yang tidak teratur ni. Saya suka nak kongsikan pengalaman seorang rakan saya yang mengalami masalah haid tidak teratur yang telah mencuba vivix sebagai ikhtiar beliau. Baca artikel asal di Supermomshakleestory [ MASALAH HAID TIDAK TERATUR HILANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE ] . Assalamualaikum. Nama saya Rozila bt Ramli,berumur 32 tahun & saya adalah pengguna tegar produk Shaklee. Bermacam-macam produk Shaklee ...

Macam mana nak hilangkan parut chicken pox dengan cepat

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua pengunjung blog Zai. Kali ni saya nak share satu testimoni baik punyer. Testimoni daripada suami Zai sendiri. Tahun lepas suami kena chicken pox di usia 43 tahun ok. Boleh bayangkan tak macam mana teruknya. Ramai yang kata kalau kena chicken pox masa dewasa teruk sangat dan terbukti teruk ( merujuk kepada kes suami Zai la). Satu badan dari kepala hingga hujung kaki semua naik biji chicken pox tu. Terlantar 3 hari tak bermaya tanpa makan ok. Parut hitam Jom baca sendiri pengalaman suami Zai ni macam mana dia hilangkan parut chicken pox dengan cepat, parut yang tumbuh melata di seluruh badan beliau...hihiii. Assalamualaikum , nama saya Zamri Rosli. Saya merupakan seorang Pensyarah di salah sebuah universiti tempatan di Bintulu, Sarawak. Saya nak berkongsi pengalaman saya menggunakan produk Shaklee ketika dijangkiti virus chicken pox pada tahun lepas. Pada 12 Oktober 2015 merupakan hari pertama saya dijangkiti virus chicken pox. Se...