Kelebihan Menjadi Ahli
Shaklee
Join ahli untuk lebih penjimatan |
Pertamanya, kita boleh
dapat harga lebih murah dengan setiap pembelian produk. Kita boleh dapat
diskaun 15-20% bagi setiap produk. Tak berniat nak berbisnes pun tak salah kita
jadi ahli sebab dengan belian kita tu,kita akan ada kumpul point. Dari point tu
Shaklee akan bagi cashback. Sangat rugi jika kita asyik beli dengan seller
setiap bulan, walau dengan harga murah tapi point tak dapat sedangkan seller tu
nanti dapat cashback. Contohnya jika beli vivix 2 botol, dah dapat bonus RM
30+- . Nampak macam sikit tapi kalau dikumpul dengan point dari belian
produk-produk lain, lumayan juga tu. Rugi la, baik join ahli dapat gak sikit
sebanyak bonus tu.
Keduanya, jika join ahli
kita akan dapat keistimewaan OFFER ISTIMEWA SETIAP BULAN. Setiap bulan Shaklee
akan berikan offer khas untuk ahli sahaja. Dengan offer ini, kita boleh dapat
beli dengan harga LEBIH RENDAH dari harga ahli. Wow best kan?
Ketiganya, nak beli
produk shaklee adalah sangat mudah. Sekarang kita hanya perlu masuk website
shaklee sahaja untuk buat belian, dan boleh gunakan kad debit atau kad kredit
sendiri. Klik klik dah siap, tunggu posmen hantar kat pintu pagar je. Senang
dan sangat best.
Keempat, Shaklee ada
servis kurier yang dipercayai dan sebarang masalah penghantaran akan dilindungi
oleh insuran. Jaminan barang yang anda order adalah selamat dihantar dalam
keadaan yang baik.
Itu baru keistimewaan
jadi ahli. Belum lagi yang jadi ahli dan buat bisnes. Next time saya ceritakan
kelebihan berbisnes dengan Shaklee pula ya.
Nak cerita pula Bagaimana Pembelian Secara Online Membantu Bisnes Saya Berkembang.
Zaman sekarang zaman
orang beli barang secara online. Cakap je nak beli apa, semua ada. Dari
barangan mewah berharga puluhan ribu ringgit kepada barangan harian seperti
nasi lemak. Pembeli atau kebanyakkan daripada kita sekarang lebih suka membeli
secara online. Tengok ajer kat fb, Instagram atau apa jua medium social online,
banyak sangat kedai-kedai online ni. Jadi saya pun tak mensia-siakan fenomena
pembelian secara online ni untuk kembangkan bisnes saya. Alhamdulillah dari
hari ke hari, bisnes saya makin bergerak maju.
Dengan pembelian secara
online juga saya tak perlu keluar rumah untuk ke pejabat pos kerana adanya
kurier Shaklee yang menjalankan tugas. Cuma ada la sesekali ke stesen bas untuk
yang mahukan pos melalui bas.
Paling saya suka bisnes
secara pembelian online ni adalah saya tak perlu berjumpa dengan pembeli kerana
semua urusan adalah secara online. Tak kira dari ceruk mana pun bakal customer
saya pm untuk membeli, saya boleh uruskan. Saya ni pemalu orangnya, jadi sesuai
sangatlah bisnes secara pembelian online ni. Tapi ada jugalah jumpa
customer-customer yang berhampiran yang mahu COD. Kebanyakkannya melalui online
sahaja.
Pembelian secara online
juga amat saya sukai dan mudah bagi saya untuk kembangkan bisnes saya kerana
saya boleh beraktiviti menjual beli produk Shaklee di mana-mana sahaja,
bila-bila masa sahaja dan stok adalah sentiasa ada di Shaklee.
Aktiviti pembelian secara
online juga amat mudah dan sangat saya sukai kerana saya tidak perlu
menyediakan modal besar untuk beli stok, apatah lagi nak menanggung kerugian
akibat stok yang dah expired. Ini kerana saya hanya membeli setelah bakal
pembeli atau customer saya membuat bayaran kepada saya sahaja. Saya beli terus
daripada Shaklee dan Shaklee akan buat penghantaran. Amat mudah dan modal saya
boleh dikatakan hanyalah untuk topup data internet sahaja. Best kan?
Saya juga tak perlu keluar
rumah untuk hadiri meeting atau kelas larut malam dengan upline saya. Semuanya
boleh buat dalam rumah sahja. Dengan pelbagai kemudahan seperti wasap,
telegram, fb saya boleh keep in touch dengan upline-upline saya untuk sedut
ilmu dan up to date dengan pelbagai info. Saya suka sangat bisnes secara
pembelian online ni. Best best best
Syoknya bisnes online |
Jadi selepas ni tak nak dah pm untuk survey harga bagai. Terus je join ahli ok.
Jika anda perlukan
sebarang konsultasi berkenaan produk Shaklee / menjana pendapatan dengan
Shaklee/ menjadi ahli Shaklee / bekerja dari rumah, anda boleh hubungi saya
Puan Zainah Mukhtar
No ID : 1137968
Sms / WhatsApp: 019-2598492
FB: zainah mukhtar
FB Page: zaizamrich
vitashop
Pengedar Sah Shaklee di
Bintulu, Sarawak.
COD Bintulu, Niah &
Bekenu
Comments
Post a Comment