Skip to main content

Resepi kek Gula Hangus semudah ABC

Kek gula hangus atau kek sarang semut sangat diminati ramai. Sangat mudah untuk membuatnya, semudah abc ajer dan bahan-bahan pun tak banyak. Sangat sedap untuk dinikmati diwaktu petang atau bila-bila masa di mana-mana sahaja. Tak jemu dan tak muak bila dimakan.

Walaupun saya kata semudah abc, ada juga yang yang mencuba buat kek sarang semut ni dan  tak berjaya mendapatkan sarang yang cantik. Tak tahu mana silapnya,tapi diharapkan anda tak berputus asa untuk mencuba lagi dan ikut seperti resepi, yang penting jangan menderhaka...hihiii



Kek ini mempunyai raya yang kenyal, warna yang agak gelap dan mestilah bersarang..macam sarang semut..hihiii. Kata orang, kalau kejadiannya gebu macam kek sponge, maka tak menjadilah kek gula hangus ni. Ianya harus kenyal. Banyak tips dan teknik nak buat kek ni yang dikongsikan oleh otai-otai kita,anda boleh google sendiri la ya. Ada yang kukus juga kek ni. Ada yang tak pukul telur sampai kembang, masih juga mendapat hasil yang tip top. Saya biasa buat seperti resepi yang saya kongsikan ni,tak pernah menghampakan. Rasanya tak manis sangat, sedang2 saja.

Saya kongsikan resepi yang best dan sangat mudah ni untuk semua. Ramai yang dah cuba resepi ni, saya panjangkan pula di sini. 



Resepi Kek Gula Hangus @ Sarang Semut
(Loyang saiz 7x7 inci)

Bahan-bahan:
1 cwn gula pasir
1 cwn air panas
2 sudu besar mentega
1/2 cwn susu pekat manis
1 cwn tepung  gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
4 bji telur
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:
Masukkan gula pasir ke dalam kuali,masak hingga gula cair & menjadi perang. Bila dah perang, tuang air panas sedikit demi sedikit hingga habis,kacau hingga gula cair semula. (awas!sbb masa tuang air,gula td akan memercik. Lebih baik gunakan senduk kayu yang agak panjang ya,lebih selamat).
Tutup api dapur dan masukkan mentega,kacau hingga cair & sejukkan.
Putar telur hingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat manis kacau rata. Masukkan tepung yang telah diayak dengan 2 sudu teh soda bikarbonat. Kacau rata & akhir sekali masukkan air gula hangus yang telah disejukkan & esen vanilla. Kacau hingga rata & perap selama 2-3 jam.
Akhir sekali, tuang adunan ke dalam loyang yangg telah dilenser dengan mentega untuk mengelakkan kek melekat bia nak dikeluarkan nanti.
Bakar pada suhu 170-180c selama 40 minit @ sehingga masak.(ikut oven masing2).
Tunggu kek sejuk baru dipotong.


Selamat mencuba semua!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sijil Halal Shaklee 2017

Nak makan atau nak guna sesuatu produk selalunya kita akan tanya ada sijil halal tak? Keselamatan dan keberkesanan produk dah jadi no 2 atau 3.  Betapa sangat dipentingkan kehalalan sesuatu produk. Sama jugak la vitamin shaklee ni pun kerap sangat orang tanya ada halal ke tidak, sebab ianya produk dari luarnegara. Ini kak zai kongsikan sijil halal shaklee yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sendiri. Sijil halal ni akan diperbaharui setiap tahun. Jadi usah ragu-ragu untuk guna pakai produk keluaran shaklee ya semua. Untuk lebih yakin boleh ke web HALAL MALAYSIA ni ya. Baca sendiri dan bertanya pada pihak yang sepatutnya bukan percaya pada cakap-cakap orang yang memgatakan produk shaklee ni takde halal dari Malaysia sebab ianya produk luarnegara bagai ya. Bukan hanya ada sijil halal yang patut dititikberatkan, keselamatan,keberkesanan dan jaminan dari syarikat juga wajar dititikberatkan sebelum menggunakan sesuatu produk. Dapatkan juga maklumat mengenai kajian dan ujian klinikal terhad...

Benarkah Shaklee ni bisnes MLM yang menipu???

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Kali ni nak share satu video mengenai MLM Shaklee dengan anda semua. Tapi sebelum tu nak juga bagitahu yang saya juga pernah terjebak dengan beberapa syarikat MLM yang lain. Saya pernah mendaftar sebagai ahli untuk beberapa buah syarikat lain. Syarikat apa? Biarlah rahsia...hihii. Tapi setakat ahli sahaja sebab selepas mendaftar ahli, saya akan di bawa ke syarikat mereka untuk dibagitahu "step" seterusnya untuk cepat naik pangkat. Wah time ni seronok tau sebab katanya cepat dapat naik pangkat dan income sangat lebat. Tapi tapi tapi bila dah tahu "step" yang seterusnya tu, saya terkedu. Mana tak, saya disuruh buat pinjaman dengan bank dengan sekian sekian amaun untuk beli pangkat iaitu beli stok banyak-banyak. Ya ampunnnn, saya mana boleh buat pinjaman bank sebab saya surirumah je. Kata mereka suruh jer suami yang buat...aduhhhh. Memang tak la suami nak terlibat. So harapan nak cari income lebih habis kat situ j...

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Prof...