Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2015

Kenapa saya pilih kalsium ni?

Saya tak pernah mengambil apa-apa suplemen kalsium sehinggalah saya bertemu dengan kalsium bernama Ostematrix ni. Saya berani mencuba untuk mengambilnya kerana saya tahu akan tahap jaminan keselamatan dan keberkesanannya. mana boleh ambil suplemen sebarangan, takut la dengan kesan jangkamasa panjangnya nanti.Ok, jom lihat kenapa saya pilih Ostematrix bukan kalsium yang lain. Ostematrix Shaklee suplemen kalsium terbaik. Fakta mengenai Ostematrix Shaklee ini : Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan. Ostematrix Shaklee ini membekalkan tubuh kita dengan : 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang

Kuih nona manis sempoi

Kali ni nak kongsi resepi kuih nona manis pula. Sedap tau kuih ni, lemak manis dan masin..serasi bersama,hihiiii. Rupa kuih saya buat ni tidaklah cantik sebab pertama kali cuba dan saya tak dapat nak agak banyak mana nak letak adunan putih tu....ngam ngam jer adunan putih tu. Lain kali nak lebihkan buat adunan putih baru cunnnn... Rupa memang takde...pestime try. Resepi ni saya ambil dari blog kak Ita masam manis yang sangat pandai masak dan blog beliau yang sangat cantik tu. Jadi kepada yang nak cuba silakan ya,kita panjang-panjangkan resepi ni. Kuih nona manis saya warna kuning sebab takde warna hijau epal... saya letak warna lemon yellow. Lain kali nak buat lagi,sebab tak puas makan...hihiii KUIH NONA MANIS Sumber : Azlita Masam Manis Bahan A 1 biji telur 1/2 cawan gula halus 1 cawan santan ~ campur air sikit jadikan 1 cawan 1 cawan tepung gandum - Satukan semua bahan dlm blender n blend sampai halus Bahan B 1/2 cawan santan pekat   1/2 cawan air pandan ~

Kekurangan potassium akan meningkatkan risiko penyakit kronik.

Potassium adalah salah satu mineral penting untuk tubuh manusia berfungsi dengan baik. Kita tidak harus mengabaikan pengambilan potassium dalam diet harian kita. Selain dari bertindak sebagai electrolit, mineral ini diperlukan untuk mengekalkan jantung, otak, buah pinggang, tisu-tisu otot dan organ-organ penting yang lain dalam badan dalam keadaan yang baik. Selain itu, potassium yang mencukupi membantu kestabilan tekanan darah, menguatkan tulang dan merendahkan risiko penyakit strok. Sebaliknya , apabila kekurangan potassium pula akan mengancam kesihatan buah pinggang serta mengganggu fungsi jantung, akan mengalami sembelit, kekejangan, lemah sendi dan mudah berasa letih. Ada kajian menunjukkan kekurangan potassium akan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit darah tinggi. Jadi,pastikan anda mendapat potassium yang mencukupi bagi mengelakkan mendapat penyakit kronik seperti darah tinggi dan strok sebagai contoh. Bagi kaum wanita sendiri, mereka memerlukan 4 7

Kekurangan zat besi pada wanita boleh menyebabkan penyakit lemah jantung

Tahukah anda bahawa zat besi merupakan sumber utama dalam pembuatan sel darah merah, zat besi amat penting khasnya bagi wanita. Sebab apa penting kepada wanita? Ini kerana wanita sering kehilangan zat besi akibat haid. Wanita hamil juga memerlukan zat besi yang mencukupi untuk menghasilkan sel darah merah yang cukup disepanjang tempoh kehamilan mereka. Jika tidak mencukupi,ianya boleh membahyakan nyawa ibu dan bayi dalam kandungan. Kekurangan zat besi akan mempengaruhi pengeluaran sel darah merah, menyebabkan anemia serta kekurangan oksigen yang membuatkan seseorang itu : Pucat Mudah letih Lemah daya ingatan Rambut gugur Kurang daya ketahanan tubuh Jika keadaan kekurangan zat besi ini dibiarkan berlarutan, ianya akan membawa kepada penyakit lemah jantung. Zat besi yang diperolehi daripada daging, hati, kerang, telur ayam, kekacang dan sayuran hijau adalah paling ideal untuk tubuh. Pakar Pemakanan Dee Sandquist dari American Dietetic Association, menjelaskan unt

Tips atasi masalah mudah lupa ketika hamil

Ramai di antara wanita hamil mengakui, sering mengalami masalah lupa sepanjang tempoh kehamilan. Malah ada yang lebih menjadi pelupa selepas bersalin. Adakah ini benar atau sekadar satu kepercayaan semata-mata? Ada kajian yang dijalankan dan diterbitkan oleh The Australian Journal of Advanced Nursing menunujukkan terdapat 68 peratus daripada responden kaji selidik dilaporkan mengalami perubahan memori. Sebanyak 54 peratus dilaporkan mengalami kesukaran untuk memberi tumpuan dan 52 peratus lagi dilaporkan mengalami masalah lupa ketika sedang hamil. Bagaimanapun, anda tidak perlu risau terhadap masalah lupa ketika hamil kerana ia bukan satu masalah serius seperti Alzheimer. Ia hanya masalah kecil yang tidak perlu dikhuatirkan dan tidak menjejaskan memeori anda secara langsung. 5 tips atasi masalah pelupa semasa hamil 1 Buat Senarai Pendek atau Notis Sesetengah wanita lebih gemar membuat senarai pendek terhadap setiap perkara yang perlu dilakukan sepertii bil yang

Tidur tanpa bantal boleh hilangkan 'dagu berlapis'

Semua orang tahu bahawa tidur tanpa bantal amatlah tidak selesa. Tak dapat tidur lena. Tapi tahu tak bahawa, tidur tanpa bantal ni ada juga kebaikannya. Jika kita amalkan tidur tanpa bantal, ianya dapat menghilangkan lemak di bawah lipatan dagu yang menyebabkan dagu berlapis...hihiii Selain itu, tidur tanpa bantal juga baik untuk menghilangkan rasa penat, sakit belakang,sakit bahu dan leher serta melancarkan perdaran darah ke seluruh badan. Saya kalau sakit pinggang atau lengguh-lengguh bahu, saya akan tidur tanpa bantal...memang lenalah.Cuba try tidur tanpa bantal sekali...besstttt Nak lebih lena saya akan amik 4 biji  OSTEMATRIX  sebelum tidur, juga membantu tidur saya lebih lena dan merehatkan saraf-saraf saya yang lengguh. bangun pagi memang lebih segar! Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Bi

6 tips menarik anak mendengar kata di zaman siber

Mengatakan tidak atau menghalang anak daripada melakukan sesuatu bukanlah satu tugas mudah bagi ibu bapa di zaman siber ini. Berlainan dengan kanak-kanak zaman lalu yang tidak sukar untuk dikawal,kini tidak lagi. kanak-kanak zaman gajet terutamanya suka menyoal itu dan ini dan sukar sekali menerima teguran kerana bagi mereka ia tidak munasabah. Apakah kaedah terbaik dalam mendidik anak-anak zaman siber atau gajet agar lebih mudah mendengar kata dan menerima teguran. Jom baca! 1 GUNA PENDEKATAN PSIKOLOGI Kanak-kanak zaman sekarang bukan lagi hanya mendengar dan mengiakan setiap kata-kata ibu bapa. Jika kaedah berterus-terang atau teguran secara langsung tidak dapat dilaksanakan dalam mendidik anak-anak, maka ibu bapa harus menggunakan pendekatan psikologi. Sebagai contoh, jika si anak menyepahkan makanan di meja, anda jangan secara membuta-tuli memarahi atau menengkingnya. Sebaliknya, cuba anda bagi dia pilihan sama ada untuk habiskan makanan itu di pinggan

Kalaulah aku kenal ia lebih awal

Bila kita sayangkan seseorang kita akan sanggup berkorban apa saja untuknya. Apa jua kehendak dan keperluan  yang tersayang akan kita cuba penuhi. kalu mereka sakit, ke hujung dunia kita akan pergi untuk mendapatkan penawarnya.Lautan api sanggup kita redah, nyawa kita sebagai galang gantinya. Tapi sedar atau tidak,ramai yang kata sayang tapi tak tunjuk. Contohnya semua orang kata mereka sayang ibu dan bapa mereka, tapi bila ibu dan bapa sakit, mereka biarkan ibu dan bapa makan ubat sahaja tanpa menambah nilai pada kesihatan ibu dan bapa mereka. Sebab apa saya kata macam tu? Sebab, kata sayang, tapi tak bagi pun ibu dan bapa alternatif lain selain ubatan untuk merawat ataupun mencegah penyakit yang ibu bapa mereka alami. makan ubat, makan ubat.Tahu tak kalau makan ubat dalam jangkamasa panjang boleh merosakkan buah pinggang dan melemahkan jantung! Pengalaman saya sendiri, arwah ibu saya pengidap kencing manis, mengambil ubat lebih daripada 15 tahun. Arwah ibu meninggal kera