Skip to main content

Info mengenai sakit Gout

APA ITU GOUT?

Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Kaum lelaki dikatakan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout berbanding kaum wanita. 

Faktor kegemukan dan keturunan atau sejarah keluarga turut memainkan peranan. Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). 

Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang mengidapi gout.


Serangan gout boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-

1. Serangan akut (tiba-tiba).

2. Serangan kronik yang berpanjangan.

Serangan gout akut dikenal pasti sebagai serangan yang berulang-ulang, sendi menjadi bengkak dan rasa berdenyut berpanjangan dalam tempoh antara lima hingga enam hari. Pesakit datang mengadu dengan gejala tulang sendi mereka seolah-olah digigit.



Manakala bagi serangan kronik berpanjangan, walaupun pesakit tidak merasa berdenyut-denyut namun pesakit tetap merasa tidak selesa. Di samping itu tempoh kesakitan berterusan hingga mengambil masa yang agak lama dengan anggaran antara dua hingga tiga minggu. Bagi menghilangkan rasa sakit ini, biasanya pesakit terpaksa mengambil ubat penahan sakit. 



Ada ahli keluarga yang kena sakit GOUT?

Kesian kan…ada yang terpaksa berpantang tidak ambil makanan laut, aktiviti harian menjadi semakin terbatas, perlu bergantung kepada ubat-ubatan yang pastinya akan memberi kesan sampingan untuk jangkamasa panjang.



Punca-punca Terjadinya GOUT

1) Amalan minum minuman yang manis dan alcohol secara berlebihan

2) Makan makanan yang mengandungi asid urik yang tinggi seperti kupang, hati dan sardine (seafood)

3) Mengalami kerosakan buah pinggang yang menggangu proses perkumuhan

4) Darah tinggi

5) Obesiti



Cara Untuk Mencegah Serangan Gout

1) Kawal berat badan dan elakkan obesity. Dengan mengawal berat badan yang berlebihan ia membantu mengurangkan tahap asid urik dalam badan.

2) Tahap asid urik yang tinggi juga boleh dikurangkan dengan mengelakkan pengambilan protin yang tinggi dan makanan yang kaya dengan purin seperti organ dalaman hati, jantung, daging merah dan makanan laut seperti sardin, ikan bilis, kerang, udang dan lain-lain.

3) Perlu elak minum minuman ringan yang bergas dan manis, minuman alcohol yang berlebihan.

4) Pastikan pengambilan air kosong yg mencukupi untuk mengembalikan fungsi sel pada tahap yang optimum.



Cadangan Vitamin Shaklee Untuk Masalah GOUT

1) Vivix






Tidak dapat dinafikan bahawa amalan gaya hidup yang sihat amatlah penting untuk mencegah penyakit dan kita dalam keadaan yang sihat selalu.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

ZAINAH MUKHTAR (id 1137968)
Facebook : Zainah Mukhtar
Fb Page : Kedai Vitamin Ummi Maju
No Tel : 019 2598492
COD Area : Bintulu, Sarawak





Comments

Popular posts from this blog

Sijil Halal Shaklee 2017

Nak makan atau nak guna sesuatu produk selalunya kita akan tanya ada sijil halal tak? Keselamatan dan keberkesanan produk dah jadi no 2 atau 3.  Betapa sangat dipentingkan kehalalan sesuatu produk. Sama jugak la vitamin shaklee ni pun kerap sangat orang tanya ada halal ke tidak, sebab ianya produk dari luarnegara. Ini kak zai kongsikan sijil halal shaklee yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sendiri. Sijil halal ni akan diperbaharui setiap tahun. Jadi usah ragu-ragu untuk guna pakai produk keluaran shaklee ya semua. Untuk lebih yakin boleh ke web HALAL MALAYSIA ni ya. Baca sendiri dan bertanya pada pihak yang sepatutnya bukan percaya pada cakap-cakap orang yang memgatakan produk shaklee ni takde halal dari Malaysia sebab ianya produk luarnegara bagai ya. Bukan hanya ada sijil halal yang patut dititikberatkan, keselamatan,keberkesanan dan jaminan dari syarikat juga wajar dititikberatkan sebelum menggunakan sesuatu produk. Dapatkan juga maklumat mengenai kajian dan ujian klinikal terhad...

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Prof...

Macam mana nak hilangkan parut chicken pox dengan cepat

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua pengunjung blog Zai. Kali ni saya nak share satu testimoni baik punyer. Testimoni daripada suami Zai sendiri. Tahun lepas suami kena chicken pox di usia 43 tahun ok. Boleh bayangkan tak macam mana teruknya. Ramai yang kata kalau kena chicken pox masa dewasa teruk sangat dan terbukti teruk ( merujuk kepada kes suami Zai la). Satu badan dari kepala hingga hujung kaki semua naik biji chicken pox tu. Terlantar 3 hari tak bermaya tanpa makan ok. Parut hitam Jom baca sendiri pengalaman suami Zai ni macam mana dia hilangkan parut chicken pox dengan cepat, parut yang tumbuh melata di seluruh badan beliau...hihiii. Assalamualaikum , nama saya Zamri Rosli. Saya merupakan seorang Pensyarah di salah sebuah universiti tempatan di Bintulu, Sarawak. Saya nak berkongsi pengalaman saya menggunakan produk Shaklee ketika dijangkiti virus chicken pox pada tahun lepas. Pada 12 Oktober 2015 merupakan hari pertama saya dijangkiti virus chicken pox. Se...