Skip to main content

Antioksidan...apa kebendanya Vivix tuu??



Assalamualaikum dan salam ceria semua!

Ok,kali ni saya nak bebel pasal antioksidan...selalu kita dengar vitamin E,C,A,lycopene, beta carotene dan beberapa lagi.

Meh nak bebel.... 

 ni buah muscardin grape


APA ITU ANTIOKSIDAN?

 Antioksidan merupakan bahan semulajadi yang bertindak untuk menghentikan atau menghalang kerosakan pada tubuh badan yang disebabkan oleh radikal bebas (free radicals). Tubuh kita memerlukan antioksidan untuk menstabilkan radikal-radikal bebas ini supaya sel-sel tubuh terpelihara daripada terus rosak.

Memahami Radikal Bebas (Free Radicals)

Kita sedia maklum yang sel tubuh kita ini terdedah kepada oksigen setiap masa. Oksigen memang sangat penting untuk kesihatan kita secara keseluruhan, namun pendedahan kepada oksigen juga membuatkan sel tubuh teroksida ~ pengoksidaan. Pengoksidaan ini menyebabkan bahan kimia dalam tubuh berubah dan terjadinya radikal bebas. Selain daripada pengoksidaan, pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari, asap rokok, alkohol dan pencemaran turut menyebabkan terjadikan radikal bebas di dalam tubuh.

Radikal bebas ini akan menyebabkan reaksi berantai dalam tubuh yang membawa kepada kerosakan bahan kimia penting, DNA dan juga sel tubuh badan. Para saintis percaya bahawa radikal bebas ini turut menyumbang kepada proses penuaan, kanser, kencing manis dan sakit jantung.

BAGAIMANA DAN DARI MANA NAK DAPATKAN ANTIOKSIDAN?

Secara semulajadi, tubuh kita memang menghasilkan antioksidan yang berfungsi untuk melawan radikal bebas yang dibebaskan secara oleh tubuh semasa proses biasa. Selain itu, kita juga boleh mengamalkan diet yang sihat untuk melawan radikal bebas. Antara makanan yang kaya antioksidan termasuk sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin ACE, beta-carotene, lutein, lycopene dan selenium.

Kita juga boleh mengamalkan suplemen yang bersifat anti-oksidan. Pastikan anda mendapatkan maklumat yang betul dan tepat sekiranya mahu mengambil suplemen. Suplemen daripada sumber semulajadi adalah yang terbaik.

MAKANAN YANG KAYA DENGAN ANTIOKSIDAN
  • Vitamin A - terdapat dalam susu, hati, mentega, telur
  • Vitamin C - terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan. Buah betik, kiwi, oren, dan strawberi adalah yang mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi.
  • Vitamin E - terdapat dalam kekacang dan bijirin seperti badam dan bunga matahari ; sayuran berdaun hijau seperti bayam ; minyak seperi kacang soya, canola oil, minyak bunga matahri.
  • Beta-karotene - terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan pelbagai warna seperi lobak merah, kacang peas, betik, mangga, labu dan keledek ; sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam dan kubis.
  • Lutein - terdapat dalam sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam. kubis, collard
  • Lycopene - terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna merah jambu dan merah seperti anggur merah, tembikai, aprikot dan tomato.
  • Selenium - terdapat dalam bijirin seperi beras, jagung dan oats ; kacang ; legumes ; sumber dari haiwan seperti ikan, ayam, telur, keju ; roti dan pasta.
Apapun, variasikan makanan dalam diet seharian anda, dan pastikan ianya berzat serta seimbang.Sekiranya anda bercadang untuk mengambil suplemen, pastikan pengambilan suplemen juga mengikut kesesuaian dan taraf kesihatan anda.



Vivix Shaklee adalah supplement yang kaya antioksidan

Antara antioksidan yang terbaik untuk badan adalah glutathion - amat diperlukan bagi melindungi molekul dalam badan. Glutathion dihasilkan oleh sel badan secara semulajadi dan berperanan menyingkirkan toksik badan, menggalakkan sistem imun badan dan memelihara protein sel badan.

Bagaimanapun glutathione berkurangan apabila usia meningkat dan menghidap penyakit seperti Alzheimer, Parkinson dan kanser. Bercerita mengenai antioksidan, buah-buahan dalam kumpulan beri mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding buah dan sayur. 

ok la...itu saja yang saya dapat bebelkan tuk kali ini.Jika anda berminat nak cuba supplement yang kaya dengan antioksidan boleh la hubungi saya ya...


Jika berminat nak cuba VIVIX boleh klik kat sini ya...VIVIX kaya antisoksidan

Jika anda perlukan sebarang konsultasi berkenaan produk Shaklee / menjana pendapatan dengan Shaklee/ menjadi ahli Shaklee / bekerja dari rumah, anda boleh hubungi saya Puan Zainah Mukhtar (019-2598492) Pengedar Sah Shaklee di Bintulu, Sarawak.
zaizamrich vitashop.blogspot.com


Comments

Popular posts from this blog

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Prof...

Vivix buatkan kitaran haid kembali normal dan cyst mengecut

Wanita dan masalah haid tidak dapat dipisahkan. Wanita yang mengalamai kedatangan haid secara normal setiapa bulan adalah sangat beruntung dan dikategorikan sebagai wanita normal. Namun, ada juga wanita-wanita di luar sana yang mengalami kedatangan haid yang tidak normal atau tidak teratur. Keadaan seperti ini boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan dan juga masalah kesuburan dan peluang untuk mendapat cahayamata bagi sesetengahnya. Tahukah anda yang pengambilan suplemen vivix dapat membantu anda yang mengalami masalah kedatangan haid yang tidak teratur ni. Saya suka nak kongsikan pengalaman seorang rakan saya yang mengalami masalah haid tidak teratur yang telah mencuba vivix sebagai ikhtiar beliau. Baca artikel asal di Supermomshakleestory [ MASALAH HAID TIDAK TERATUR HILANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE ] . Assalamualaikum. Nama saya Rozila bt Ramli,berumur 32 tahun & saya adalah pengguna tegar produk Shaklee. Bermacam-macam produk Shaklee ...

Macam mana nak hilangkan parut chicken pox dengan cepat

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua pengunjung blog Zai. Kali ni saya nak share satu testimoni baik punyer. Testimoni daripada suami Zai sendiri. Tahun lepas suami kena chicken pox di usia 43 tahun ok. Boleh bayangkan tak macam mana teruknya. Ramai yang kata kalau kena chicken pox masa dewasa teruk sangat dan terbukti teruk ( merujuk kepada kes suami Zai la). Satu badan dari kepala hingga hujung kaki semua naik biji chicken pox tu. Terlantar 3 hari tak bermaya tanpa makan ok. Parut hitam Jom baca sendiri pengalaman suami Zai ni macam mana dia hilangkan parut chicken pox dengan cepat, parut yang tumbuh melata di seluruh badan beliau...hihiii. Assalamualaikum , nama saya Zamri Rosli. Saya merupakan seorang Pensyarah di salah sebuah universiti tempatan di Bintulu, Sarawak. Saya nak berkongsi pengalaman saya menggunakan produk Shaklee ketika dijangkiti virus chicken pox pada tahun lepas. Pada 12 Oktober 2015 merupakan hari pertama saya dijangkiti virus chicken pox. Se...