Skip to main content

Tanda awal kehamilan...bagi yang hamil anak sulung/pertama

Kehamilan pastinya saat yang ditunggu2 oleh pasangan yang sudah berumahtangga.Pelbagai perancangan diatur untuk menanti cahaya mata yang diidamkan selama ini.Malahan,ramai juga yang telah membaca buku2 tentang kehamilan untuk menambah ilmu.

Saya kongsikan di sini 20 tanda awal kehamilan yang saya petik drpd Majalah NUR (April 2014).

Jom tengok ...
ada tak anda mengalaminya,jika ya...
TAHNIAH anda sedang hamil...
hihhii





20 tanda awal kehamilan

1.      PAYUDARA BENGKAK DAN LEMBUT

Terasa nyeri di payudara antara gejala kehamilan yang paling umum.Saat ini,payudara akan mengisi dan berubah bentuk untuk mempersiapkan susu ibu.Selain itu,ia juga sangat lembut dan sensitif selama beberapa bulan. Menurut ahli laktasi,Teresa pitman, tidak semua wanita mengalami perubahan ini. Selain payudara membengkak, antara tanda lainnya adalah aerola berubah menjadi lebih gelap.

2.      PERUBAHAN BENTUK BADAN

Bukan hanya perut yang membesar malahan beberapa bahagian lain seperti belakang,paha dan dada turut mengalami pembengkakan.

3.      SERING BUANG AIR KECIL DAN SEMBELIT

Saat hamil,janin yang tumbuh di rahim akan menekan kandungan sehingga kerap merasa untuk buang air kecil.

4.      MUDAH LELAH

Di awal kehamilan,anda akan merasa mudah lelah. Mungkin mahu bermalas-malasan sahaja di tempat tidur.Hal ini terjadi kerana tubuh sedang menyesuaikan diri edngan adanya makhluk baru.Peningkatan hormon progesteron juga dihubungkan dengan tanda keempat ini.

5.      MUAL (MORNING SICKNES)

Mual adalah gejala kehamilan yang paling umum. Rasa mual ini terjadi kerana peningkatan hormon HCG (Human Chorionic Gonadotrophin). Ia menyebabkan kesan pedih pada lapisan perut hingga menimbulkan rasa mual.Biasanya rasa mual ini hilang setelah memasuki fasa ke dua kehamilan.

6.      TERLAMBAT HAID

Salah satu tanda kehamilan yang paling jelas adlah terlambat ‘datang bulan’. Namun tidak semua kelambatan tersebut diertikan sebagai kehamilan,kerana ia mungkin berpunca daripada stress,diet atau gangguan hormon. Selain itu, beberapa orang wanita juga mengalami pendarahan yang sedikit.

7.      PERUBAHAN EMOSI

Wanita hamil memiliki emosi yang mudah berubah. Mungkin ketika itu,mama rasa gembira tetapi kerana masalah kecil,mama jadi pemarah.Emosi berubah kerana berlakunya perubahan hormon secara drastik. Kalau anda merasakannya saat ini,tubuh sedang menyesuaikan diri dengan kehadiran hormon baru.

8.      TITISAN DARAH

Ia biasa muncul sebelum haid,biasanya terjadi antara 8-10 hari selepas ovulasi.Titisan darah ini disebabkan oleh implantasi (implantation bleeding) atau menempelnya embrio pada dinding rahim.

9.      KEKEJANGAN PERUT

Kejangan perut berlaku secara teratur.Biasanya akan terus berlanjutan hingga kehamilan fasa kedua. Jadi jangan terlalu bimbang.

10.   SAKIT KEPALA

Pening dan sakit kepala yang sering dirasakan oleh ibu hamil disebabkan faktor fizikal seperti rasa lelah,mual,lapar dan tekanan darah rendah. Manakala penyebab mental pula menyebabkan perasaan tegang dan murung.Selain itu,peningkatan darah ke seluruh tubuh juga menyebabkan sakit kepala berlaku.


Lagi 10 tanda kita sambung kemudian k....tungguuuuu

Love sana Love sini

Comments

Popular posts from this blog

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Prof...

Vivix buatkan kitaran haid kembali normal dan cyst mengecut

Wanita dan masalah haid tidak dapat dipisahkan. Wanita yang mengalamai kedatangan haid secara normal setiapa bulan adalah sangat beruntung dan dikategorikan sebagai wanita normal. Namun, ada juga wanita-wanita di luar sana yang mengalami kedatangan haid yang tidak normal atau tidak teratur. Keadaan seperti ini boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan dan juga masalah kesuburan dan peluang untuk mendapat cahayamata bagi sesetengahnya. Tahukah anda yang pengambilan suplemen vivix dapat membantu anda yang mengalami masalah kedatangan haid yang tidak teratur ni. Saya suka nak kongsikan pengalaman seorang rakan saya yang mengalami masalah haid tidak teratur yang telah mencuba vivix sebagai ikhtiar beliau. Baca artikel asal di Supermomshakleestory [ MASALAH HAID TIDAK TERATUR HILANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE ] . Assalamualaikum. Nama saya Rozila bt Ramli,berumur 32 tahun & saya adalah pengguna tegar produk Shaklee. Bermacam-macam produk Shaklee ...

Macam mana nak hilangkan parut chicken pox dengan cepat

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua pengunjung blog Zai. Kali ni saya nak share satu testimoni baik punyer. Testimoni daripada suami Zai sendiri. Tahun lepas suami kena chicken pox di usia 43 tahun ok. Boleh bayangkan tak macam mana teruknya. Ramai yang kata kalau kena chicken pox masa dewasa teruk sangat dan terbukti teruk ( merujuk kepada kes suami Zai la). Satu badan dari kepala hingga hujung kaki semua naik biji chicken pox tu. Terlantar 3 hari tak bermaya tanpa makan ok. Parut hitam Jom baca sendiri pengalaman suami Zai ni macam mana dia hilangkan parut chicken pox dengan cepat, parut yang tumbuh melata di seluruh badan beliau...hihiii. Assalamualaikum , nama saya Zamri Rosli. Saya merupakan seorang Pensyarah di salah sebuah universiti tempatan di Bintulu, Sarawak. Saya nak berkongsi pengalaman saya menggunakan produk Shaklee ketika dijangkiti virus chicken pox pada tahun lepas. Pada 12 Oktober 2015 merupakan hari pertama saya dijangkiti virus chicken pox. Se...