Skip to main content

Bahaya ke Soya untuk manusia...

Assalamualaikum dan salam ceria semua.

Kali ni saya nak kongsikan cerita mengenai soya.Adakah bahaya soya pada kesihatan manusia atau sebaliknya.Bagi yang tak tahu dan nak tahu boleh baca ya.
Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua.

Kacang soya berasal dari Asia Timur (China, Jepun) dan sekarang diusahakan secara besar-besaran di US. Namun begitu, 90% dari tanaman soya yang diusahakan di Amerika adalah dari jenis GMO (genetically modified organism) dan juga disembur dengan pelbagai racun serangga, racun rumpai dan sebagainya. (bacaan lebih lanjut kat vitaminsemulajadi.com)

Soya dimakan dengan pelbagai cara (tapi tak boleh makan mentah-mentah), misalnya dimakan secara terus selepas direbus, yakni edamame yang biasa didapati di kedai sushi; tofu; yang menjalani proses penapaian seperti natto dan tempeh; minuman soya dan pelbagai lagi.
Di Amerika, kacang soya tidak dijadikan bahan makanan secara meluas, kebanyakan kacang soya di US diproses menjadi minyak soya. Dan biasanya dari sisa pembuatan minyak soya inilah yang diproses menjadi makanan berasaskan soya, termasuk minuman soya!

Jadi tidak hairanlah kalau produk soya yang dihasilkan itu bukan lagi makanan sihat, tapi sebaliknya HAMPAS, dan ditambah dengan pelbagai ‘added vitamin’, ‘enriched with vitamin’ dan sebagainya.
Malah, produk soya yang namanya minyak soya adalah hasil dari pengekstrakan kacang soya dengan menggunakan larutan bahan kimia heksana. Heksana adalah sejenis pelarut yang diperbuat dari minyak petroleum yang banyak digunakan dalam industri pembuatan makanan termasuklah penghasilan minyak dari tumbuhan!

Salah satu bahan dalam soya yang dianggap sangat berbahaya kepada kesihatan adalah estrogen yang terdapat dalam soya dalam bentuk phytoestrogen. Banyak kajian terhadap estrogen atau hormon wanita menunjukkan pengambilan estrogen memberi kesan yang buruk kepada fungsi normal hormon estrogen dalam tubuh manusia. Namun. kajian2 tersebut dibuat ke atas estrogen semata-mata, bukan ke atas soya. Kajian yang dibuat ke atas bekas pesakit kanser payudara di China pula menunjukkan sebaliknya! Pengambilan soya tidak memberi kesan negatif kepada penderita kanser tersebut.

Proses penapaian (fermented) dikatakan menjadi punca kenapa soya tidak memberi kesan negatif kepada kesihatan penduduk Jepun. Namun begitu, orang-orang China tidak menjalankan proses tersebut ke atas soya makanan mereka, dan memiliki tahap pengidap kanser yang rendah. Kajian juga menunjukkan tiada beza antara soya yang ditapai atau tidak ditapai.

Terdapat satu kajian ke atas wanita yang diberi bahan makanan ekstrak dari soya, yang mana menunjukkan meningkatnya sel efitelial yang berkaitan dengan kanser payudara dalam tubuh mereka.

Manakala satu lagi kajian yang mana sekumpulan wanita diberi makan soya yang tidak menjalani proses seperti di atas, menunjukkan penurunan risiko mendapat kanser payudara.

Ternyata soya sebenarnya bukan tidak bagus, tapi cara ia dihasilkan (GMO) dan cara ia diproses (menggunakan bahan kimia, hanya ambil hampas, etc) menjadikan soya sejenis makanan yang berbahaya!

Maka, pilihlah produk soya yang bukan GMO dan tidak menjalani proses yang mengurangkan khasiat sebenar soya, serta makanlah dengan besederhana.

Untuk mendapatkan maklumat tentang soya, sila dapatkan dari pelbagai pihak, dan pelbagai bahan  bacaan. Jangan hanya mendapatkannya dari penjual produk soya, dan jangan hanya mendapatkannya dari mereka yang anti-soya. Sebaliknya dapatkan bukti-bukti dari kajian yang telah pun dilakukan. Dari banyak kajian yang dibuat, kebanyakan kajian terhadap bahan dalam soya yang dikaji secara isolated (contohnya, dalam soya ada isoflavone, yang dikaji cuma isoflavone saja) memberi keputusan yang negatif. Manakala kajian terhadap pengambilan soya yang lebih baik (bukan makan/cucuk isoflavones semata-mata misalnya) memberi keputusan positif.

Apa-apa pun, nilai dengan ilmu, bukan emosi. Walaupun soya tidak terdapat dalam resepi masakan Timur Tengah (mungkin iklim tidak sesuai untuk ditanam di sana), namun ia tidak tertulis di mana-mana sebagai haram.

Sharing artikel ni drpd blog vitaminsemulajadi.com

nota kaki daripada saya:apa-apa makanan yang ada dalam dunia ni kalau dimakan secara berlebihan memang tidak bagus dan boleh memudaratkan.Apatah lagi yang diproses secara tidak sihat.Pilihan ditangan anda,nilaikan sendiri dengan ilmu,kerana setiap yang ada di muka bumi ini,Allah jadikannya dengan bersebab.Wallahuallam.

Comments

Popular posts from this blog

Vivix buatkan kitaran haid kembali normal dan cyst mengecut

Wanita dan masalah haid tidak dapat dipisahkan. Wanita yang mengalamai kedatangan haid secara normal setiapa bulan adalah sangat beruntung dan dikategorikan sebagai wanita normal. Namun, ada juga wanita-wanita di luar sana yang mengalami kedatangan haid yang tidak normal atau tidak teratur. Keadaan seperti ini boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan dan juga masalah kesuburan dan peluang untuk mendapat cahayamata bagi sesetengahnya. Tahukah anda yang pengambilan suplemen vivix dapat membantu anda yang mengalami masalah kedatangan haid yang tidak teratur ni. Saya suka nak kongsikan pengalaman seorang rakan saya yang mengalami masalah haid tidak teratur yang telah mencuba vivix sebagai ikhtiar beliau. Baca artikel asal di Supermomshakleestory [ MASALAH HAID TIDAK TERATUR HILANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE ] . Assalamualaikum. Nama saya Rozila bt Ramli,berumur 32 tahun & saya adalah pengguna tegar produk Shaklee. Bermacam-macam produk Shaklee ...

Boleh pilih doktor wanita masa nak bersalin....menarik ni...

Assalamualaikum... Malam ni saya nak kongsi sedikit la dengan pembaca blog saya mengenai pemilihan doktor wanita masa nak melahirkan atau bersalin...boleh pilih ke?wow bestnyer.. Artikel di bawah ni saya petik daripada blog Dr Harlina sini . Boleh ke ibu-ibu yang bakal melahirkan memilih hanya doktor wanita sahaja yang akan menyambut kelahiran bayi mereka.  (kredit pic to Mr Google) Jom baca.... Dr Har akan menghurai pandangan mengikut corak soal dan jawab. Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan kandungan? Jawapan (1) Tentu sekali boleh. Ini berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih siapa yang merawat. Di Fakulti Perubatan UKM, melalui modul Perkembangan Kendiri dan Prof...

Laksa Kuah Merah resepi Dari Ganu Sedap

Siapa suka makan laksa kita geng. Kak Zai memang suka laksa, tak kisah la laksa apa pun, kalau ada depan mata semua kak zai ngap. Paling suka laksa kuah masak dan kuah putih dari Terengganu (dah nama pun asal ganu kan..hehehe). Tapi laksa Sarawak dan laksa penang pun akan hantu jugak ok. Sedap wei, kalau seharian makan laksa saja pun akak zai tak kisah. Kata orang makan boleh sebarang makan, cakap jangan sebarang cakap, kan sia-sia makan penampo..hehehe Layan gambar dari pakcik gugel..thanks pada empunyer pic.  Laksa penang Laksa Sarawak pun sedap Laksam memang peberet Ok la dah alang-alang cerita pasal laksa akak zai share la satu resepi laksa kuah masak atau kuah merah dari Ganu. Resepi ni akak cedok dari blog MamaSya yang pakar tu...terima kasih mamasya sebab share resepi best ni. Mama Sya izinkan saya pula share ya…lagipun untuk rujukan saya sendiri juga nanti senang kalau nak buat laksa kuah masok ni klik je blog sendiri…hihuhihu.   La...