Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2014

Talasemia dikalangan bayi dan kanak-kanak

Assalamualaikum dan salam ceria semua! Baiklah,kali ni saya nak kongsi info mengenai Talasemia dikalangan kanak-kanak.Semoga ianya memberi manfaat dan info berguna pada semua.Saya petik artikel di bawah ini daripa blog bayi-kanak-kanak/talasemia Happy Reading!! Apa itu Talasemia? Talasemia adalah kumpulan penyakit yang menghalang badan daripada menghasilkan jumlah darah yang mencukupi dan berkualiti. Keadaan ini disebabkan oleh perubahan terhadap gen yang mengawal penghasilan hemoglobin. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Perubahan kepada hemoglobin boleh menyebabkan kekurangan darah yang teruk. Badan manusia bergantung kepada tahap hemoglobin yang berfungsi dengan baik. Penyakit Talasemia adalah penyakit keturunan yang diwarisi daripada ibu atau bapa kepada anak melalui gen. Kedua-dua kanak-kanak lelaki atau perempuan mempunyai peluang untuk mendapat penyakit tersebut. Ianya tidak dijangkiti melalui pemindahan da